[Video] Dalam gelanggang bukan main gar4ng, peninju Muay Thai ini rupanya takut j4rum! “Sedar-sedar, kawan dah tolak atas kerusi roda”

SETIAP individu mempunyai ket4kutan dan fob1a yang berbeza-beza.

Begitu juga dengan peninju Muay Thai, Mohammad Ekhwan Syezwan Sauti, 24, yang mended4hkan ‘musvh’ utama yang paling ditakuti sejak dulu hingga kini.

Senang disapa Ewan, dia yang sudah sembilan tahun terlibat dalam dunia Muay Thai mengakui tidak gentar untuk masuk ke gelanggang, namun cukup fobia dengan j4rum sejak zaman kanak-kanak.

“Pengalaman ced3ra seperti bengkak atau berd4rah ketika latihan dan perlawanan biasa berlaku. Bahagian muka paling berisiko untuk ced3ra. Kalau tak hati-hati, kawasan kening, dahi dengan mulut memang mudah ced3ra.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Saya pun dah biasa sakit ketika training. Kalau tak biasa sakit kat bawah, macam mana kat atas gelanggang nanti? Saya tiada masalah untuk berlawan di gelanggang, tapi bab jarum memang tak boleh.

“Saya takut jarum sejak kecil. Biasanya kalau ced3ra, saya minta untuk dij4hit terus tanpa bivs. Ada satu kejadian, doktor di Hospital Kuala Lumpur (HKL) tak benarkan j4hit tanpa bivs. Nak tak nak memang kena cucvk j4rum.

“Ketika cucvk di bibir saya tahan lagi. Kemudian doktor cucuk jarvm di lengan, terus saya pitam. Sedar-sedar, kawan dah tolak atas kerusi roda. Bab jarum tu bukan main-main, tapi betul-betul saya takut,” ujarnya berseloroh.

Bercerita mengenai perjalanannya, anak kedua daripada lima beradik itu mula menyimpan minat untuk menyertai sukan berkenaan gara-gara kerap mengikuti bapanya menyaksikan perlawanan tinju.

Jelas Ewan yang turut aktif bermain bola, dia mula menyertai Muay Thai sewaktu berusia 15 tahun dan tidak pernah berhenti sehingga ke hari ini biarpun turut bekerja sebagai penyelia tapak projek di ibu negara.

“Saya memang minat sukan lasak. Dulu selalu ikut ayah pergi tengok Muay Thai. Saya minat tapi tak tahu nak belajar kat mana. Kemudian baru tahu ada tempat belajar dekat rumah.

“Tak sampai sebulan saya belajar Muay Thai, saya masuk pertandingan. Perlawanan pertama berakhir seri. Sejak hari itu, saya teruskan minat sehingga sekarang.

“Setakat ini saya dah menyertai 87 perlawanan dalam Malaysia dan Thailand. Saya sepatutnya pergi bertanding di Dubai dan India tahun lepas, tapi ia dibatalkan kerana Cov1d-19.

Jejaka berusia 24 tahun ini gemarkan aktiviti lasak.

“Selain lawan dari Malaysia, saya juga pernah lawan dengan peninju dari Thailand dan Iran,” ujar anak jati Kelantan itu.

Nama Ewan semakin dikenali ramai apabila dia aktif berkongsi video latihan dan perlawanan Muay Thai menerusi Instagram dan TikTok sehingga meraih ratusan ribu tontonan.

Menurut Ewan, dia tidak berniat mengejar pengikut namun seronok berkongsi ilmu bermanfaat buat netizen, terutamanya berkaitan seni mempertahankan diri.

Ewan kini turut membuka kelas Muay Thai.

“Saya mula share video pada tahun 2018. Pada waktu itu, saya secara suka-suka berjoget ketika training. Memang tak ada niat nak kejar followers, tapi video jadi viral.

“Selepas itu, saya selalu buat video terutamanya ketika training. Dapatlah hiburkan diri dengan video-video tu,” ujarnya yang turut membuka kelas Muay Thai sejak sebulan lalu.

Menurut Ewan yang kini menetap di Skudai, Johor buat sementara waktu, ramai individu termasuklah kaum hawa menghubunginya bagi menyertai kelas tersebut.

Ewan menyertai Muay Thai ketika berusia 15 tahun.

“Setakat ini lebih 30 orang contact, ada yang saya tak sempat nak reply lagi. Perempuan pun ada dalam empat ke lima orang. Ramai yang bertanya. Saya kata tak semestinya training macam fighter.

Training untuk fighter lain. Kalau nak belajar pertahankan diri, asas Muay Thai, boleh sertai kami. Sekurang-kurangnya kalau ada kecemasan, boleh guna kemahiran ini untuk pertahankan diri.

“Tapi nanti dah pandai jangan lupa diri. Jangan guna apa yang dipelajari ke arah yang salah,” pesan Ewan lagi.

 

 

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*