Shiera sambut menantu sulung

Kuala Lumpur: Pengacara dan penyampai radio, Sharifah Shahirah menerima menantu pertama selepas anak sulungnya, Allisya Tahir,25, selamat diijab kabul dengan lelaki pilihan dikenali Sham di sebuah dewan di sini, semalam.

Shahirah yang mesra disapa Shiera berkata, ramai pihak terkejut apabila dia sudah menerima menantu di usia 48 tahun selain ada kenalan yang mengalirkan air mata ketika majlis pernikahan berlangsung.

“Apabila Allisya minta izin untuk berkahwin, saya bersama ahli keluarga membuat persiapan untuk majlis pernikahannya. Tapi sejak semalam ramai yang terkejut apabila saya sudah menerima menantu.

“Saya bersyukur dan seronok apabila majlis pernikahan berjalan lancar. Walaupun ramai kenalan yang hadir menjangkakan saya akan menangis, tapi semua itu tak berlaku.

“Sebaliknya rakan-rakan artis yang hadir pula mengalirkan air mata dan berkongsi debaran mereka apabila perlu melepaskan anak dan menerima kehadiran menantu satu hari nanti,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Shiera, Allisya bakal berhijrah ke Pulau Tioman untuk menguruskan perniagaan keluarga suaminya yang memiliki inap desa selain menjalankan beberapa aktiviti perkhidmatan kepada pelancong.

“Allisya memang sudah buat pilihan untuk tinggal di Pulau Tioman bagi menguruskan perniagaan kakak kepada suaminya yang mempunyai inap desa.

“Menantu saya ini memang orang pulau. Dia lahir dan dibesarkan di Kampung Salang, Pulau Tioman. Jadi dia sendiri pun memang memandu bot untuk bawa pelancong selain menjadi pengajar untuk aktiviti snorkeling,” katanya.

Allisya adalah anak Shiera hasil perkongsian hidup pada perkahwinan pertamanya dengan vokalis kumpulan Black Dog Bone, Jatt yang berasal dari Singapura.

Sebelum ini, Allisya yang mewarisi bakat seni ibu bapanya pernah muncul dengan single berjudul Hey Pria ciptaan Sharon Paul yang menjadi lagu tema drama Nasi Kerabu Untuk Che Abe di slot Akasia TV3.

 

 

 

 

Sumber : hm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*