“D0ktor masih berusaha keluarkan dar4h dari p4ru2 Nad Zainal” Ungku Ismail

Khabar tentang tahap kesihatan pelakon terkenal, Nad Zainal yang dimaklumkan dalam keadaan kritikan susulan jangkitan kuman pada paru-paru sememangnya mengejutkan ramai kenalan termasuklah teman artis.

Menerusi laporan dari Harian Metro, aktor, Ungku Ismail Aziz memaklumkan yang pihak doktor yang merawat juga tidak pasti sama ada ia berpunca daripada kencing tikus atau jangkitan bakteria lain memandangkan Nad tidak mempunyai gejala yang dikaitkan.

Doktor turut menjelaskan bahawa Nad kini mengalami autoimun dimana sistem imun tubuh seseorang menyerang sel atau tisunya sendiri.

Pendarahan masih berterusan

Buat masa ini, seramai 4 orang doktor bertugas memantau keadaan pelakon tersebut dan masih ada pendarahan yang berlaku di paru-parunya.

“Yang pasti pendarahan berterusan, secara ‘on and off’. Jadi, doktor sedang berhempas pulas mengeluarkan darah yang berkumpul dalam paru-paru.

“Bermacam-macam ubat sudah diberikan termasuk antibiotik, namun tidak memberi apa-apa kesan atau tindak balas terhadap jangkitan yang dialami,” katanya.

Ramai artis datang melawat

Difahamkan ramai rakan artis serta penggiat seni hadir melawat Nad di hospital bagi memberikan sokongan moral kepada aktres hebat itu.

Bekas suami, Faliq Amiruddin juga hadir bersama anak-anak dan ahli keluarga Nad turut setia berada di hospital.

Terdahulu, khabar Nad Zainal di masukkan ke hospital telah dimaklumkan oleh Ungku Ismail di Insta Story miliknya dengan meminta orang ramai agar mendoakan kesihatan pelakon terbabit yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana mengalami pendarahan di paru-parunya.

 

 

 

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: hm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*