Fattah Amin & Fazura Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Kelima, Netizen Usik Ready Untuk Baby Kedua

Sungguh cepat masa yang berlalu, sudah 5 tahun usia perkahwinan pelakon sama cantik sama padan iaitu Fazura dan suami Fattah Amin. Siapa tidak menyangka yang cinta lokasi pasangan ini berakhir ke jinjang pelamin dan kini bahagia dengan puteri mereka, Nur Fatima Aisya.

Meninjau ke akaun Instagram milik Fazura yang telah dimuatnaik beberapa keping gambar dan video “throwback”berserta dengan ucapan selamat ulangtahun perkahwinan buat suaminya yang tercinta ini.

Bukan itu sahaja tetapi Fazura juga menitipkqn ucapan kepada peminatnya yang tidak pernah berhenti menyokong mereka sehingga ke hari ini dan mendoakan para peminat mereka supaya doa- doa yang baik untuk mereka sekeluarga berbalik kepada mereka juga.

Selain itu, Fazura juga telah memuatnaik gambar daripada hari pertama bergelar suami isteri sehinggalah kini. Turut diselitkan juga gambar ketika Fatima masih bayi dan video Fatima yang sedang belajar merangkak. Sehingga kini, perkongsian oleh Fazura ini telahpun mendapat beratus ribu tanda suka dan beribu komen lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat dan warganet mengucapakan selamat menyambut ulang tahun perkahwinan mereka dan mendoakan kesejahteraan buat pasangan itu.

Komen Netizen:

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : kv

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*