Hashim Mustapha meninggal dunia

Kota Bharu: Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Hashim Mustapha menghembuskan nafas terakhir pada 10.25 malam tadi di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) Kubang Kerian.

Berita itu disahkan isterinya, Zaheran Hussien, 52, ketika dihubungi sebentar tadi.

Zaheran berkata, keadaan kesihatan suaminya itu semakin merosot sejak pagi tadi apabila bacaan tekanan darahnya semakin menurun.

“Sejak dimasukkan ke hospital pada tengah hari Jumaat lalu, suami ditidurkan kerana masalah itu serta jantungnya tidak stabil.

 

 

 

 

 

 

Sumber : hm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*