“Sakitnya Allah sahaja yang tahu….” Nash terp4ksa dikejarkan ke hospital gara-gara hal ini

PENYANYI Datuk Nash dikejarkan ke hospital selepas mengalami kekej4ngan badan sehingga menyukarkan dia bergerak seperti biasa.

Nash atau Nashrudin Elias, 63, berkata, kekejangan itu berlaku ketika dia sedang mengambil wuduk untuk menunaikan solat Maghrib sebelum dia tiba-tiba tidak boleh berdiri tegak.

“Saya baru sahaja pulang dari Sarawak dan terus menghadiri jemputan perkahwinan anak kawan di Kuala Lumpur. Sebelah malam pula ada satu lagi jemputan perkahwinan di Kajang, itu yang macam nak cepat-cepat bersiap.

“Sebelum ke sana saya nak solat Maghrib terlebih dahulu, ketika ambil wuduk dan membongkok nak basuh lengan, pinggang saya terus tersent4p dan tak boleh berdiri tegak.

Nash alami kekej4ngan badan ketika ambil wuduk.

“Sak1tnya Allah sahaja yang tahu. Seluruh badan kejang, kaki tak boleh bergerak,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya.

Disebabkan kesukaran bergerak, Nash berkata, dia terpaksa meminta bantuan anaknya untuk berjalan sebelum dihantar ke hospital untuk mendapatkan raw4tan.

“Solat Maghrib terpaksa pakai kerusi, dan selepas selesai saya minta anak dan menantu hantar ke hospital dan doktor berikan sunt1kan supaya saya rasa lega,” katanya.

Dalam pada itu, Nash memberitahu keadaannya masih belum pulih selain sukar bergerak dan terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

Bagaimanapun, Nash tetap kuat semangat dan berharap doa daripada peminat agar dia segera sembuh.

“Sekarang ini masih sak1t, jalan macam orang umur 90 tahun. Allahuakhbar… doakan saya cepat sembuh. Banyak lagi tugasan yang belum selesai. Amin,” ujarnya.

 

 

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*