Tarian Pelik Da’i Syed Dikrit1k, Netizen Tampil ‘Backup’

Sabtu lalu, pasangan selebriti, pend4kwah bebas Da’i Syed, dan pengacara, Hana Ismail sah bergelar sebagai suami isteri dengan sekali lafaz dalam satu majlis diadakan di Masjid Ibnu Mas’ud, Kuala Lumpur.

Difahamkan, pasangan pengantin itu diraikan dalam satu majlis resepsi pada malam hari yang sama di Magica Hall, Monterez Club Shah Alam.

Tular video dikongsikan oleh Xtra di aplikasi TikTok memaparkan kemeriahan majlis perkahwinan pasangan itu. Bagaimanapun, ada yang kurang senang dengan ak$i Da’i Syed menari tarian Marawis dipercayai tradisi bagi keturunan Arab.

Menerusi video berkenaan, Da’i Syed dilihat sedang menari bersama beberapa orang individu di hadapan pemain muzik sambil ditonton oleh tetamu.

Aksi tarian itu bagaimanapun menimbulkan salah faham dalam kalangan netizen yang menyifatkan ia sebagai hiburan melekakan.

Bagaimanapun, ada yang mempertahankan pend4kwah itu dengan menjelaskan tujuan tarian Marawis dimana ia merupakantradisi bagi keturunan Arab iaitu Syed dan Syarifah.

Kata netizen lagi, jika di Malaysia kebiasaannya persembahan tarian zapin dan jika di Yaman mereka akan persembahkan tarian Marawis.

 

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Rotikaya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*