“Saya Masih Subvr, Tapi…” – Bayangkan Sekiranya Saya Dapat Anak – Mas Idayu

Penyanyi dangdut tersohor, Mas Idayu mengaku masih berpeluang untuk mendapatkan zuriat namun mahu mengelak untuk hamil.

Tidak mahu mengambil sebarang ris1ko, Mas Idayu mengambil keputusan sebegitu kerana usianya yang sudah mencecah 50 tahun.

“Saya masih subvr, doktor sahkan perkara terbabit, tapi usia saya sudah mencecah 50 tahun. Semua orang tahu saya sukakan budak-budak dan saya memang mahukan anak lelaki.

“Namun, saya tak nak ambil risiko yang boleh membebankan kesihatan serta membah4yakan diri. Di usia sekarang, saya mahu kekal sihat. Lagipun, saya berkahwin untuk gembira dan bahagia serta menjaga antara satu sama lain.

“Suami juga faham dengan situasi yang saya alami dan tahu jikalau saya hamil, ia boleh membah4yakan kesihatan saya,” katanya.

Pada 16 September lalu, Mas Idayu mendirikan rumah tangga dengan Penerbit Eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa, 51.

Tidak mahu menolak rezeki kurniaan Allah, banyak faktor yang difikirkan oleh pelantun lagu Selangit ini bersama suaminya.

“Saya dan suami tak pernah nak tolak rezeki yang Allah berikan, namun, jika perkara itu boleh dirancang, kami sepakat untuk sebolehnya enggan hamil.

“Bayangkan sekiranya saya dapat anak, dengan umur yang semakin meningkat serta pelbagai kemungkinan lain yang perlu difikirkan. Bagaimana saya nak jaga anak kelak? Kalau saya tiada nanti, macam mana?

“Semua faktor telah difikirkan, jadi saya merancang untuk tidak menimang cahaya mata, tapi kami tidak pernah menolak rezeki Allah,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mas Idayu bakal muncul sebagai juri tetap untuk program Famili Duo bersama Ajai.

Musim baharu Famili Duo bakal menampilkan pasangan peserta yang terdiri daripada selebriti popular bergandingan dengan ahli keluarga mereka.

 

 

 

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : xtra

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*