“Tak Tunang, Terus Kahwin” Lepas Sebulan Habis Idah Terus Kenal, Ibu Tunggal Anak Satu Pilihan Hati Abang Tentera

Bagaikan pelangi selepas hujan. Itulah peribahasa paling sesuai menggambarkan kehidupan yang dilalui seorang wanita ini yang kembali bahagia selepas sah bercerai dengan bekas suaminya.

Berkenalan lepas sebulan habis idah

Menerusi hantaran yang dikongsikan di TikTok, Nadd menceritakan kembali perjalanan kisah percintaan bersama suaminya. Menurut Nadd, dia telah bercerai dan sebulan selepas tempoh idah tamat, seorang lelaki yang kini merupakan suaminya mula menegurnya di Direct Message (DM) di TikTok. Sejak daripada itu, mereka mula berkenalan.

Masa ni tak tahu pun dia kerja dekat Penang. Lepas tu planning lah jumpa dah alang-alang dekat Penang. Dah balik KL, mula lah buat life masing-masing. Lepas tu hantar gambar-gambar dekat kita pula. Tak sampai sebulan kena, dia keluar kereta pula. Rezeki awak.

Tidak lama selepas itu, lelaki tersebut yang bekerja sebagai anggota tentera telah dihantar untuk menjalani kursus di Kuala Lumpur. Namun disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mereka berdua sukar berjumpa.

Tak apa, dia tak boleh keluar kita yang pergi tengok dia. Tapi pergi ambil kunci kereta dia je. Dia minta maaf sebab tak boleh celebrate hari jadi. Sempat lagi beli hadiah hari jadi, nak pujuk lah tu.

Kahwin terus, tak ada bertunang

Enam bulan kemudian iaitu selepas tamatnya kursus, lelaki tersebut membawa Nadd berjumpa dengan keluarganya di Perak. Nadd akui sangat gementar lebih-lebih lagi apabila memikirkan bagaimana penerimaan keluarga lelaki itu memandangkan dirinya hanyalah seorang ibu tunggal.

And yes, saya tahu tak semua family boleh terima kita. Lagi-lagi yang single mom, then anak dia pula bujang. Then sampai-sampai Alhamdulillah layan diorang baik sangat. Syukur sangat dapat bakal mertua yang baik. Dapat bakal mertua yang baik pun satu rezeki juga.

Kitaorang tak tunang pun, terus kahwin. Ramai cakap tak takut ke terus kahwin, mana tahu laki tu baran nanti kaki pukul. Alhamdulillah sejak kahwin tak ada pun dia naik tangan.

Tambah Nadd lagi, keluarga suaminya sangat baik kerana dapat menerima kehadirannya dan anak, Qael. Dalam kesempatan itu, Nadd meminta agar orang ramai mendoakan yang terbaik buat rumah tangganya.

 

 

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!FIONA

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: TikTok Nadd

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*