Dah keluar h0spitaI, Tahap keslhatan tldak macam dulu, Netlzen perasan sesuatu semasa Nad bercakap

Pelakon Nad Zainal memaklumkan dia sudah dibenarkan pulang ke rumah dan memerlukan berehat secukupnya selepas sebulan bertarung nyawa akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Menerusi satu sesi siaran langsung di aplikasi TkTok, pelakon berusia 32 tahun bersyukur apabila diberi peluang kedua meskipun masih mengalami gejala nafas pendek dan dilihat tercungap-cungap.

Nad berkata, dia juga terharu dengan keprihatinan rakan artis yang menjayakan tabung dana kecemasan bagi menampung kos rawatannya selain tidak lupa mengadakan majlis doa selamat serta solat hajat.

Malah, pelakon drama Cina Buta itu turut mengucapkan terima kasih kepada peminat dan netizen yang berterusan menitipkan doa agar dirinya kuat sepanjang tempoh ditidurkan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Selangor.

Bercerita lanjut, Nad mengakui dirinya memerlukan tempoh untuk beberapa bulan sebelum kembali ke set penggambaran sekali gus dapat memberikan lakonan terbaik, bukan sekadar ‘bekerja’ semata-mata.

Sementara itu, dia menyifatkan pengalaman berjuang disebabkan penyakit itu selama sebulan pasti menjadi kenangan yang sukar dilupakan dalam kehidupannya.

Dalam masa sama, ibu kepada dua cahaya mata itu mengakui akan lebih cakna mengenai kesihatan diri selain menyedarkan dirinya bagi menghargai orang di sekeliling.

Di penghujung siaran langsung, Nad memaklumkan dia akan berkongsi cerita lebih lanjut seperti pengalaman ditidurkan, mimpi yang dialami dan sebagainya pada masa akan datang.

 

 

Sumber : omm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*