Hajat bawa anak-anak ke Disneyland tercapai, Puteri Sarah seronok bercuti di Jepun – “Dekat sini popcorn sedap”

UMUM mengetahui kemelut rumah tangga pelakon Puteri Sarah Liyana sedang hangat diperkatakan terutama selepas pendedahan tangkap layar mesej daripada pihak ketiga pengikutnya di Instagram mend4kwa suaminya, Syamsul Yusof dan Ira Kazar sudah bernikah.

Bagaimanapun, selepas membuat pendedahan terebut, Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37, mengambil keputusan untuk bercuti ke Jepun bersama dua orang anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah.

Kata Puteri Sarah, dia bersyukur apabila hajatnya membawa anak-anak ke Disneyland Jepun akhirnya tercapai setelah lama menyimpan hasrat tersebut.

“Terima kasih Ya Allah. Bucketlist sampai juga Disneyland nak bawa Syaikhul dan Sumayyah.

Hajat Puteri Sarah bawa anak ke Disneyland tercapai.

“Duit boleh dicari, kebahagiaan anak-anak tidak ternilai,” katanya.

Puteri Sarah berkongsi perkara itu di Instagram miliknya yang memaparkan dirinya sedang tersenyum lebar bersama anak-anak.

Pelakon itu berangkat ke Jepun untuk menghabiskan cuti hujung tahun sejak 23 Disember lalu.

Sementara itu, di Instastory miliknya pula, Puteri Sarah memberitahu dia sedang berseronok tanpa memikirkan masalah yang sedang berlaku.

“Nak sambung makan popcorn. Dekat Disneyland ini popcorn sedap,” kongsinya.

Puteri Sarah seronok makan popcorn di Jepun.

Sejak gosip mengatakan suaminya sudah berkahwin, Puteri Sarah menggesa Syamsul untuk menjelaskan perkara sebenar kepada umum tentang status sebenarnya dengan Ira.

Syamsul bagaimanapun menyangkal perkara itu dan menyifatkan ia sebagai fitn4h malah mengemukakan sam4n terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berjumlah RM10 juta.

Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5 dan Summayah, 3 tahun.

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*