“Suami Dh Beritahu Sakit Sbgai Petanda..”- Mohon Doakn Nora Ariffin, Dimasukkn Ke Hospital & D0ktor Sahkn Ini Berlaku

PENYANYI Datuk Nora Ariffin dinasihatkan doktor untuk berehat selepas bahagian depan kaki kirinya terseliuh ketika bermain badminton Khamis lalu.

Tambah membimbangkan kata Nora, bahagian sama juga sebelum ini pernah dua kali mengalami masalah sama akibat terjatuh di Gua Hira, Makkah selain disebabkan memakai kasut tumit tinggi.

“Kaki saya terseliuh ketika ikut suami main badminton. Bahagian urat pada kaki ini bengkak dan doktor nasihatkan supaya berehat.

“Saya ingatkan masih boleh beridadah seperti dulu. Tak sangka pula sebenarnya kaki ini terseliuh.

“Bahagian sama pernah bengkak akibat terjatuh sebelum ini. Jadi kena betul-betul rehat sebab takut ia jadi lebih teruk,” katanya kepada mStar.

Nora sebelum itu berkongsi video dia duduk di atas kerusi roda dan ditolak oleh suaminya Dr Rushdi Ramli ketika mereka menghadiri sebuah majlis.

Dalam hantaran tersebut, Rushdi memberitahu sakit yang dialami itu juga sebagai petanda untuk isterinya rehat daripada kesibukan jadual kerja.

“Inilah petanda Allah suruh rehat. Jatuh ini menjadi asbab juga. Bawa-bawalah berehat,” ujarnya.

Dalam masa sama Nora juga bersyukur kerana kecederaan yang dialami tidak mengganggu jadual kerjaya seni.

Bagaiamanapun dalam keadaan berkerusi roda, penyanyi ini masih kuat untuk memenuhi undangan majlis seorang sahabat pada pagi Sabtu.

“Dalam keadaan begini pun saya kenalah penuhi undangan ke majlis perkahwinan sebab sudah dijemput. Mujurlah ada suami yang tolong tolak kerusi roda. Tapi nampak gayanya tak bolehlah saya pakai kasut tumit tinggi,” ujarnya.

“Kebetulan untuk seminggu ini memang saya tiada persembahan. Bolehlah rehat betul-betul di rumah,” jelasnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber : AN

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*