Erra Fazira Did4kwa Sudah Bernikah Dengan Jutawan, Pengurus Tampil Dedah Cerita Sebenar

Nama selebriti terkenal Erra Fazira kembali mencvri perhatian netizen selepas tular foto mend4kwa pelakon dan juga penyanyi itu sudah mendirikan rumah tangga bersama seorang lelaki berstatus jutawan.

Menerusi beberapa gambar yang tular dalam Facebook, Erra atau nama lengkapnya Fazira Wan Chek, 48, dilihat mengenakan busana pengantin berwarna kelabu.

jolokan Primadona Filem Melayu Alaf Baharu itu seorang lelaki berpakaian pengantin lengkap bertengkolok dengan warna sedondon. Bagaimanapun wajah lelaki itu tidak didedahkan.

“Gambar perkahwinan dengan jutawan terkenal tersebar. Tahniah Erra Fazira,” tulis kapsyen pada hantaran dalam Facebook.

Menjawab persoalan tersebut, pengurus Erra iaitu Firdaus Faizal menegaskan bahawa berita yang tersebar itu adalah tidak benar.

Kata Firdaus, gambar Erra memakai busana pengantin itu merupakan babak yang diambil dalam sebuah telefilem yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi.

“Berita palsu. Tidak betul sama sekali. Gambar yang tular itu adalah dalam babak telefilem lakonan Erra.

“Telefilem itu belum dikeluarkan lagi,” katanya.

Dalam ruangan komen, pengguna media sosial juga berpendapat berita tentang perkahwinan Erra dengan lelaki bergelar jutawan itu adalah tidak benar dan mustahil.

Namun netizen tetap mendoakan yang terbaik jika benar berita ibu tunggal itu terkenal itu telah kembali mendirikan rumah tangga.

“Berita palsu. Tapi kalau betul alhamdulillah,” kata seorang pengguna Facebook.

Pada sekitar November tahun lalu, pelakon filem Pasrah itu pernah dikhabarkan sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki berstatus misteri. Malah, khabar angin itu turut menyebut bahawa Erra merupakan isteri kedua kepada lelaki berkenaan

Bagaimanapun, ibu kepada seorang cahaya mata itu menerusi satu kenyataannya dalam Instagram enggan mengambil pusing mengenai semua dakwaan netizen dalam media sosial.

“Apa, tak habis-habis cerita tentang kahwin ini?

“Apa pun manusia memang suka bercakap, jadi biarkan sahaja mereka berseronok,” katanya dalam entri tersebut.

Untuk rekod, Erra pernah berkahwin dengan pelakon dan pengarah Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003 namun berpisah pada 2006. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Dia kemudian mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 2007 namun disahkan bercerai pada 2014.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya yang kini berusia 13 tahun.

Sekitar lima tahun lalu, Erra pernah mengaku menjalin hubungan cinta dengan bekas juara Akademi Fantasia musim kelapan, Shahir. Bagaimanapun hubungan mereka terputus di tengah jalan pada 2019.

 

 

 

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : boom

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*