“Saya Berdamai Dengan Takdir, Jauh Sekali Dalam Proses Penceraian” – Misya Mazlan

Madu kepada Marissa Dania Hakim, Umisya Mazlan mengakui dirinya kini telah reda dan berdamai dengan takdir yang sedang dilaluinya ketika ini.

Isteri kepada Aslam itu juga mengakui mereka masih bersama dan tidak menuju ke proses penceraian.

“Saya pernah keluarkan di IG Story dan media sosial yang kita kena berdamai dengan takdir yang dah jadi. Dan sekarang ni saya dan berdamai dengan takdir dan jauh sekali dalam proses penceraian.

“Tapi saya dah terima apa yang terjadi. Macam biasalah, dalam setiap rumah tangga mesti ada dia punya naik turun, ada macam-macam ujian yang datang.

“Nak pula bila berpoligami, lagi macam-macam (ujian). Jadi apa yang saya buat sekarang adalah saya terima, reda dengan

ujian yang datang.

“Jadi tiada lagi penceraian setakat ini, doakan yang baik-baik untuk saya sebab ini semua ujian untuk kami bertiga,” katanya menerusi hantaran video di akaun TikTok @Becrushcosmetics.co.

Terdahulu, rumah tangga Umisya dan Aslam menjadi bualan ramai apabila didakwa muncul orang ketiga yang merupakan anak kepada pasangan selebriti popular Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Hakim.

Marissa didakwa telah bernikah dengan Aslam di Thailand ketika Umisya sedang menunaikan umrah hujung tahun lalu.

Sehingga kini, Marissa dan Aslam masih mengunci mulut tentang hubungan dan kesahihan berita pernikahan mereka.

 

 

Sumber : gempak

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*