“Masa timbang ada 8 ekor udang” Pelanggan restoran di PD pelik ada yg ‘hilang’. Bila ccheck balik baru terb0ngkar semua cerita

SELEPAS isu harga ikan sikap, sotong dan sayur kailan ikan masin yang tidak masuk akal, kali ini timbul pula hidangan udang menimbulkan rasa kurang puas hati pelanggan.

Walaupun harga masakan udang boleh dikatakan tinggi, namun apa yang menjadi pertikaian adalah bilangan udang berkurangan sebaik dihidangkan ke meja pelanggan.

“Hai lah udang… masa timbang lapan ekor. Siap masak dah tinggal enam je. Macam mana tu?” demikian soal seorang pelanggan menerusi satu perkongsian video yang kini tular.

Pelanggan yang hanya mahu dikenali sebagai Yana Ismail memberitahu, kejadian berlaku di sebuah restoran di Port Dickson, Negeri Sembilan, pada Rabu malam.Wanita berusia 29 tahun itu berkata, dia dan keluarga seramai enam orang termasuk ibu bapanya ke restoran itu ketika bercuti di lokasi pelancongan popular itu sempena hari ulang tahunnya bersama dua lagi ahli keluarga.

“Saya bukan terlalu berkira bab makan, tapi perkara terjadi secara kebetulan. Di restoran tu makanan laut kena timbang berat sebelum dimasak mengikut cara masakan yang pelanggan nak.

“Suami saya pilih udang dan timbang. Harga udang sebanyak lapan ekor bagi masakan salted egg adalah RM74. Tapi harga bukan jadi ukuran sebab kami dah setuju selepas timbang.

“Tak ada niat nak kira berapa ekor pun, memang ambil sikit sebab tak ramai dalam ahli keluarga saya yang makan udang,” kata wanita itu kepada mStar.

Antara hidangan yang dimakan Yana Ismail bersama keluarga.

Yana berkata, jumlah udang yang sedikit itu membuat dia mudah mengingatinya sebaik hidangan dihantar ke meja.

“Bila makanan dah sampai, saya rasa macam lain sebab nampak sikit. Saya tanya suami berapa ekor udang ambil tadi.

“Suami Ingat-ingat lupa, tapi dia kata ambil dan timbang lapan ekor. Saya tengok dalam pinggan cuma ada enam ekor je,” katanya sambil menambah suami bersama bapanya yang memilih makanan laut untuk ditimbang oleh pekerja restoran.

Yana secara kebetulan membuat rakaman untuk ‘story ‘di laman Instagram.

Terus menjadi tanda-tanya, ibu kepada dua anak itu tergerak hati untuk melihat video yang dirakamnnya sebelum itu untuk dikongsi menerusi story di laman sosial Instagram.

“Kebetulan masa suami dan ayah pilih lauk tu saya ada di situ rekod untuk buat story di Instagram. Bila saya periksa semula story, memang betul ada lapan ekor yang ditimbang.

“Saya rakam pun secara kebetulan sebab sebagai peniaga, saya perlu aktif di laman sosial. Jadi bila hairan tak cukup, kami panggil pekerja dan tanya mengenai kehilangan dua ekor udang yang ditimbang dengan tunjuk gambar sebagai bukti.

“Pekerja tu kemudian masuk ke dapur dan tak sampai seminit, dia datang semula bawa pinggan lain mengandungi dua ekor udang dengan masakan sama,” kata Yana sambil menambah pekerja tersebut memohon maaf di atas kecuaian yang berlaku.

Foto kiri suami dan bapa Yana memilih makanan laut di restoran, tengah udang salted egg, kanan udang yang ditimbang sebelum dimasak.

Yana bagaimanapun tidak pasti sama ada dua ekor udang yang dihantar secara berasingan itu kerana tertinggal di dapur atau baru dimasak.

“Apa yang pasti, saya rasa tak sedap hati. Selain udang, kami ada juga ambil dua ekor sotong dan sejumlah lala yang ditimbang untuk dimasak.

Mungkin kita tak berkira bab makan, tapi sebagai pengguna kita ada hak. Kita beli bukan cincai, tapi secara timbang dan sanggup bayar harga yang ditetapkan
YANA ISMAIL
“Dua daripada lapan ekor udang yang hilang senang nampak sebab sikit, tapi sotong dah dihiris jadi kecil dan lala pun diambil banyak jadi tak tahu ada kurang atau tidak,” katanya yang cuba bersangka baik.

Yana yang merupakan peniaga dalam talian menegaskan bahawa perkongsiannya itu bukan mahu memburukkan restoran berkenaan, tetapi lebih kepada mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati sebagai pengguna.

Yana (baju kuning) bersama famili bercuti di Port Dickson.

“Mungkin kita tak berkira bab makan, tapi sebagai pengguna kita ada hak. Kita beli bukan cincai, tapi secara timbang dan kita sanggup bayar harga yang ditetapkan.

“Tapi bila dapat tak macam yang dipersetujui, sudah tentu kita tak puas hati. Itu baru lapan ekor udang, macam mana pelanggan jenis ambil selonggok dan tak tahu berapa ekor pun.

“Mungkin ada kecuaian atau kesilapan di pihak pekerja, jadi pengusaha restoran perlu alert dan ambil peduli setiap pekerjanya, nak berniaga ni kena berkat,” ujarnya.

Dalam pada itu, dia berkata, kedatangannya ke restoran itu selepas mendapat tahu menerusi Facebook bahawa ia begitu popular dengan hidangan ikan bakar.

“Masa kami datang, tak ramai pelanggan di restoran. Bila berlaku kes udang tak cukup ni, mungkin agaknya ada sebab kenapa tak ramai yang datang ke restoran tu. Saya pertama kali datang dan itulah yang terakhir…. saya rasa sedih dan kecewa,” kata Yana.

SYURGA JAMINAN BAGI MEREKA YANG BERNIAGA DENGAN AMANAH

PERNIAGAAN merupakan salah satu aktiviti yang sangat mulia. Ia merupakan ibadah dan juga sunnah Rasulullah.

Bagi mereka yang berniaga dengan amanah, mereka turut dijanjikan balasan syurga bersama para nabi, para solihin dan syuhada.

Sabda Rasulullah:

Peniaga yang boleh dipercayai dan beramanah akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai (siddiqin) dan orang-orang yang mati syahid.

[HR Tarmizi 1130].

Bagi menjadi seorang peniaga yang jujur, amanah dan hebat mereka perlulah mempunyai sifat-sifat yang baik. Antara yang disebutkan oleh ulama adalah;

1. Peniaga mestilah mencintai orang lain seperti mana dia mencintai dirinya sendiri
Jika kita mahukan kebaikan untuk diri kita begitu jugalah orang lain mahukan kebaikan kepada diri mereka. Oleh sebab itu peniaga haruslah memahami keadaan orang lain.

Sabda Rasulullah:

Tidaklah beriman seseorang daripada kalian sehingga dia mencintai untuk saudaranya sebagaimana dia mencintai untuk dirinya sendiri.

[HR Bukhari 12].

2. Sentiasa memudahkan dan memaafkan di dalam urusan perniagaan
Memudahkan urusan orang lain maka ganjarannya Allah akan memudahkan urusannya bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat sana.

Sabda Rasulullah:

Barang siapa memberi kemudahan kepada orang yang berada dalam kesulitan, maka Allah akan memberikan kemudahan di dunia dan akhirat.

[HR Muslim 4867]

3. Sentiasa perbanyakkan sedekah
Sifat pemurah haruslah wujud di dalam diri peniaga supaya sifat bakhil tidak menguasai mereka. Allah mengingatkan kepada kita berkali-kali agar tidak menjadikan sifat kedekut di dalam diri kerana ia boleh membinasakan seseorang.

Firman Allah di dalam Surah An-Nisa’ ayat 37:

Iaitu orang-orang yang bakhil dan menyuruh manusia supaya bakhil serta menyembunyikan apa-apa jua yang Allah berikan kepada mereka dari limpah kurniaNya. Dan (sebenarnya) Kami telah sediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang amat menghina.

4. Seorang peniaga tidak mengambil kesempatan dalam kesulitan orang lain
Dengan mengaut keuntungan berlipat kali ganda sehingga menyukarkan orang yang miskin. Ada di antara mereka yang memonopoli harga pasaran supaya dapat mengaut keuntungan berlipat kali ganda ibarat pergi haji balik hari.

Perbuatan memonopoli barangan keperluan awam juga adalah perbuatan yang dilarang dalam Islam. Monopoli barangan keperluan seperti gula, beras, minyak dan lain-lain biasanya dibuat para peniaga dengan menyorokkan barangan keperluan supaya ianya berkurangan di pasaran dan hasilnya harga barangan tersebut dapat dinaikkan dan boleh dijual dengan lebih mahal.

Dengan itu peniaga akan mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda. Perbuatan terkutuk ini adalah dilarang dalam Islam kerana ia menyebabkan kemudaratan dan kesulitan kepada masyarakat awam khususnya golongan miskin dan mereka yang berpendapatan rendah.

Dalam satu hadis Rasulullah bersabda:

Barang siapa memonopoli barangan (ihtikar) maka ia telah melakukan kesalahan. Yakni ia telah tersasar jauh daripada perkara yang sebenar dan keadilan.

[HR Muslim 3012].

Menurut pandangan ulama antara bentuk monopoli yang diharamkan juga boleh berlaku dengan cara para perniaga bersepakat antara satu sama lain bagi menjual barangan dengan harga yang lebih tinggi dari harga pasaran.

Hikmah diharamkan perbuatan monopoli ini adalah bagi menolak kemudaratan atau kesulitan terhadap masyarakat umum.

Para fuqaha telah berijmak pendapat bahawa sekiranya seseorang mempunyai makanan yang tidak ada pada orang lain sedangkan orang lain sangat memerlukannya, maka dalam situasi seumpama ini diharuskan bagi pemerintah untuk memaksa pemilik makanan tersebut supaya menjual makanan yang berada dalam simpanannya.

Tujuannya adalah bagi menolak kemudaratan terhadap masyarakat.

Pada situasi sekarang yang mana tersebarnya penyakit Covid-19, bukan sahaja makanan yang menjadi keperluan bahkan penutup mulut (mask) dan pencuci tangan (hand Sanitizer) juga amat-amat diperlukan.

Jika orang ramai amat memerlukan perkara asasi tersebut atau keadaan menjadi darurat, orang yang memonopoli tadi boleh dipaksa (oleh pemerintah untuk) menjual barangan tersebut dengan harga yang munasabah.

Berkata Syeikh Muhammad Taqi Uthmani: Sesungguhnya tas`ir (penetapan harga barang) tidak boleh dilaksanakan, melainkan pada keadaan-keadaan yang luar biasa, apabila manusia berada dalam keadaan terdesak akibat harga yang terlalu ditinggi pada barang-barang yang manusia berhajat kepadanya seperti makanan, minuman dan pakaian.

Jika tidak berlaku keadaan sedemikian, maka hukum asalnya hendaklah dibiarkan para peniaga dan pembeli untuk berniaga berdasarkan harga yang mereka suka.

Ditambah pula mereka yang mengambil kesempatan dengan menipu isi kandungan pencuci tangan (hand Sanitizer) hanya semata-mata untuk mengaut keuntungan yang banyak pada waktu yang darurat ini.

Firman Allah dalam Surah An-Nisa’ ayat 29:

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya).

Maka dinasihatkan kepada para peniaga yang budiman agar sentiasa amalkan sifat tolong menolong di antara satu sama lain.

Ia seperti mana Firman Allah di dalam Surah Al-Ma’idah ayat 2:

Dan hendaklah kamu bantu membantu dalam perkara-perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu sekali-kali bantu membantu dalam perkara-perkara kejahatan dan permusuhan.

Semoga Allah merahmati kita dan Allah menyelamatkan kita dari ujian yang amat berat ini. Janganlah mengambil kesempatan dalam kesulitan.

sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*