Selepas Muntah Tanpa Berhenti Selama Dua Hari. Mat Dan Terpaksa Pergi Hospital Sendiri Disebabkan Ini.

Selebriti media sosial Mat Dan atau nama penuhnya, Mohammad Kareef Daniel Abdullah mendedahkan yang dia kini sedang dirawat di sebuah hospital di kampung halamannya, Cheltenham, Gloucestershire. Menerusi hantaran video yang dimuat naik di Instagram, Mat Dan berkata, dia pergi ke hospital selepas mengalami muntah-muntah tanpa henti selama dua hari.

Video:

https://www.instagram.com/tv/CXdSRy-gpUi/?utm_source=ig_web_copy_link

“Assalammualaikum, saya Mat Dan dan quick update tentang saya. Sekarang ini, saya sedang dirawat di hospital di kampung halaman saya di UK. Ada masuk air.

“Muntah dua hari non-stop. Telefon ambulans tapi mereka tidak boleh datang ambil. Jadi, saya serah diri ke hospital. Selepas tunggu dua hingga tiga jam, mereka terus ambil darah dan buat CT scan. Insya-Allah doa yang baik-baik untuk saya eh,” ujarnya.Dalam pada itu, Mat Dan turun memberitahu yang dia tidak dijangkiti virus COVID-19.

“Walaubagaimanapun saya negatif COVID-19. Sekarang masih tunggu keputusan untuk beberapa ujian yang dibuat ke atas saya. Doa yang baik-baik semua,” katanya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut Mat Dan memberikan komen-komen positif dan mengharapkan lelaki itu lekas sembuh.

Selain itu, rakan artis Syafiq Farhain turut meninggalkan respons terhadap video yang dikongsikannya itu.“Semoga segala urusan dipermudahkan bosku,” tulisnya.

Mat Dan yang dilahirkan dengan nama Daniel James Tyler, 32, meraih populariti selepas dia dikenali sebagai mat salleh yang pandai bertutur bahasa Melayu dengan dialek Terengganu.

Mat Dan mendirikan rumah tangga dengan gadis tempatan, Nadifa Adnan pada 12 Mac 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Zayne Tyler, 3, dan Eydan Yusoff yang kini berusia setahun.

Mohon Tolong Doakan Fatimah. Sakit Dada Dan Susah Untuk Bernafas. Terkejut Ini Keadaan Terkini Fatimah Buat Ramai Yang Bimbang.

FATIMAH Omar Mukhlis, 7, kanak-kanak petah yang popular di laman sosial. Dilahirkan di Birmingham, United Kingdom (UK), Fatimah menarik perhatian ramai kerana tidak melupakan bahasa Melayu walaupun membesar di perantauan. Dia juga fasih berkomunikasi menggunakan loghat Kelantan.

Dalam perkembangan terbaru, si cilik itu telah dikejarkan ke hospital susulan kesukaran bernafas. Menerusi hantaran di Instagram keluarganya, @thefamily.uk, Fatimah terdahulu dikhabarkan berada di bahagian kecem4san hospital susulan masalah kesihatan.

“Tolong doakan Fatimah. Dia sangat tidak sihat, sakit dada dan sukar untuk bernafas. “Kini berada di bahagian kecemasan menunggu ambulans untuk memindahkannya ke hospital lain….” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Fatimah telah pun dipindahkan ke hospital kanak-kanak dan punca kesakitannya sudah dikenal pasti. “Fatimah mengalami jangkitan kuman (chest infection). Paras oksigennya menurun ketika di dalam ambulans tadi.

“Fatimah sudah dipindahkan ke hospital kanak-kanak,” katanya. Menjengah ke ruangan komen, ribuan warga maya menitipkan doa buat Fatimah. Rata-rata mendoakan agar si cilik berkenaan sembuh segera.

“Allahuakbar, semoga ALLAH permudahkan segalanya buat Fatimah.” “Syafakillah Fatimah sayang, kamu kuat.” “Allahuakbar, semoga dipermudahkan segala urusan Fatimah sekeluarga.” Fatimah bersama adiknya, Ali dan abang, Omar Mukhtar.

Sinonim dengan pesanan ‘sek kito jange break,’ Fatimah juga merupakan anak saudara kepada Chef selebriti terkenal Muhammad Adam Mahamed Ismail atau dikenali sebagai Adamdidam. Fatimah juga pernah menerima Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-31 bagi kategori Personaliti Media Sosial Popular pada tahun 2018.

Comel, petah dan bijak, keletah Fatimah bersama adiknya, Ali dan abang, Omar Mukhtar buat ramai terhibur. Selain bahasa Melayu, Fatimah juga fasih berbahasa Inggeris dan Siam. Sama-sama kita doakan agar Fatimah sembuh segera.

Sumber: Instagram @thefamily.uk

kredit: sinarplus

Sumber :  http://trendinggiler.pw/

Hampir 7 Hari Zizi Kirana Di Hospital. Kini Doktor Terpaksa Masukkan 2 Beg Cecair Merah.

“Sudah lima hari Zizi ditahan di hospital. Pada awalnya, dia mengadu lemah dan mengah serta loya-loya. Saya bawa ke klinik untuk pemeriksaan. Tak sangka pula dia mengalami kekurangan cecair merah dan seterusnya dibawa ke hospital. “Sekarang, keadaannya stabil, cuma pernafasannya masih agak lemah dan tak boleh banyak bergerak,” kongsi suami penyanyi Zizi Kirana, Yusof Bahrin ketika dihubungi yang memaklumkan keadaan kesihatan isterinya yang kini semakin stabil.

Difahamkan, Zizi dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya selepas mengalami kekurangan cecair merah sejak lima hari lalu. Pelakon drama ‘Perempuan Tanpa Dosa’ itu juga memaklumkan bahawa isterinya terpaksa menarik diri daripada membuat persembahan pada Anugerah Bintang Popular BH ke-34 (ABPBH34) yang akan berlangsung malam ini.

“Atas faktor kesihatan, doktor menasihatkan Zizi supaya berehat buat sementara waktu dan kerana itu, dia terpaksa menarik diri daripada membuat persembahan di ABPBH34 pada malam ini,” katanya. Dalam masa sama, Yusof memaklumkan Zizi masih perlu melalui proses memasukkan cecair merah: “Doktor maklumkan, perlu masukkan dua beg cecair merah dan untuk habiskan satu beg cecair merah pun memakan masa yang agak lama. Jadi, saya tak pasti bila doktor akan benarkan dia pulang,” jelasnya lagi.

Zizi sepatutnya membuat persembahan pada malam ini bergandingan bersama penyanyi Fauziah Latiff. Kerana masalah kesihatan, tempat Zizi akan digantikan oleh Wani Kayrie.

Sumber: Edisisiasat.

Terpaksa Tarik Diri Menyanyi Bersama Penyanyi Idola Di ABPBH. Rupanya Zizi Kirana Dimasukkan Ke Hospital Atas Sebab Ini.

KUALA LUMPUR: Zizi Kirana terpaksa menarik diri beraksi bersama penyanyi idolanya, Fauziah Latiff dalam segmen persembahan pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34, esok. Tempat Zizi digantikan dengan Wani Kayrie yang kebetulan tidak terikat dengan komitmen seni dan baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama Tahyul di Perlis bersama Fauziah atau lebih mesra disapa Jee.

Keputusan menarik diri dimaklumkan kepada pihak TV3 pada Rabu lalu disebabkan Zizi dimasukkan ke hospital. Namun, puncanya tidak diketahui. Usaha menghubungi Zizi gagal apabila panggilan tidak dijawab, mesej tidak dibalas. Namun, pengurusnya, Farahrizan Razak atau Farah mengesahkan penarikan diri Zizi berikutan faktor kesihatan tidak mengizinkan.

Katanya, Zizi amat ralat tidak dapat meneruskan persembahan yang dipersetujui awal, apatah lagi, berkongsi pentas dengan penyanyi idolanya sejak kecil. “Zizi bekerja tanpa henti selepas sektor industri kreatif diberi kelonggaran prosedur operasi standard (SOP).

“Sehari selepas mendirikan rumah tangga, Zizi terus menyambung kerja. Isnin lalu, kami ada bersembang kosong kerana masing-masing sudah kepenatan, “Saya menemani Zizi menghadiri sesi latihan untuk sebuah program televisyen.

“Keesokannya, Zizi memaklumkan tidak sihat dan sakit perut. Saya mendapat tahu Zizi ke hospital pada hari berkenaan untuk membuat pemeriksaan, seterusnya ditahan masuk wad,” katanya. Bagaimanapun, Farah berkata, dia juga gagal menghubungi Zizi untuk punca dimasukkan ke hospital.

“Jika berdasarkan apa yang kami sembang, Zizi memang penat bekerja tanpa henti. Cuma, jika ada penyakit lain diberitahu doktor, saya memang tidak tahu. “Semalam, Zizi sempat menghantar mesej memaklumkan risau dan ralat tidak dapat membuat persembahan serta menyusahkan penganjur ABPBH 34,” katanya.

Terdahulu, Zizi atau nama sebenarnya, Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil mengakui teruja bergandingan dengan Jee yang disifatkan sebagai idolanya. ABPBH 34 dibawa penaja utama, Xiaomi dan bakal disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL), jam 9 malam, esok, tanpa penonton.

Sibuk Menjalankan Tanggungjawab Sebagai Isteri Setiap Hari. Aktiviti Harian Zizi Kirana Berubah Lepas Berkahwin. GENAP sebulan mendirikan rumah tangga, penyanyi Zizi Kirana berkata dia bahagia melayari alam perkahwinan bersama suami yang juga pelakon Yusuf Bahrin. Menurut Zizi atau nama sebenar Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 36, aktiviti hariannya berubah selepas berkahwin kerana perlu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri.

“Sekejap sahaja dah sebulan kami berkahwin, sejujurnya memang seronok. Sebelum ini urus diri sendiri saja, sekarang ni kena buat semua kerja berdua, dah jadi rutin sediakan bekal makanan untuk Yusuf. Pagi-pagi dah sibuk di dapur. “Alhamdulillah Yusuf tak cerewet tentang makanan, apa sahaja yang saya masak dia makan. Lagipun dia makan makanan diet, tak susah nak sediakan. Ada hari yang saya sibuk dan perlu bergegas untuk bekerja, dia pula yang masak.

“Sebelum ini kami hanya saling mengenali menerusi video call, bila dah kahwin baru saya tahu Yusuf ni rajin orangnya. Kalau saya kerja dan dia pula cuti, dia akan selesaikan semua kerja rumah,” katanya kepada mStarSekarang ini pun tengah intai-intai travel agensi yang boleh uruskan dengan cepat! Zizi dan Yusuf Bahrin, 29, dengan sekali lafaz di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 19 September lalu.

Pernah meluahkan hasrat untuk menunaikan ibadah umrah selepas disatukan sebagai suami isteri, penyanyi lagu Eh ini memberitahu dia sedang mencari waktu sesuai untuk merealisasikan impiannya itu. Zizi dan Yusuf lakukan kerja rumah bersama-sama.

“Alhamdulillah seronok dengar dah boleh buat umrah, memang ada perancangan nak pergi… sekarang ini pun tengah intai-intai travel agensi yang boleh uruskan dengan cepat. “Bestnya kalau dapat pergi umrah dalam masa terdekat ni… InsyaAllah kalau ada rezeki, kami pasti akan ke sana juga.

“Apa-apa pun kami mahu selesaikan dahulu kerja di sini, Yusuf pun tengah sibuk dengan penggambaran sehingga Disember depan… bila dah selesai semua tu barulah boleh buat umrah,” katanya. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber:Mstar.

Diva Azwan Ali Perli Zizi Kirana Kuat Drama Di Twitter. Sekali Ini Jawapan Dari Zizi Kirana.

Penyanyi Zizi Kirana memaklumkan bahawa dia tidak berasa kecil hati atau tersinggung dengan hantaran twit yang dibuat pengacara popular, Azwan Ali yang mempersoalkan sama ada dia kini sudah berbadan dua. Kata isteri kepada pelakon Yusuf Bahrin ini lagi, dia menganggap status Azwan Ali itu sebagai satu doa buat dirinya agar dikurniakan cahaya mata secepat mungkin.

Malah, ujarnya lagi, dia menganggap Azwan sebagai seorang yang kelakar apabila pengacara itu menulis “Kau dah lekat ke nyah? Kuat drama hot kau! Kannz? Dapat pucuk muda? Laju ek ko? Ko ghase??” di laman sosial Twitter miliknya. Sejujurnya,saya tak ada pun terasa hati atau kecil hati dengan status Diva AA itu, Malah saya rasa dia seorang yang kelakar. Tak ada apa pun nak dimarahkan dengan kata-kata dia. Lagipun bagi saya kata-kata itu satu doa. Mungkin dia mendoakan saya untuk dikurniakan zuriat.

Terdahulu, media hiburan tempatan melaporkan bahawa Yusuf Bahrin melarang isterinya itu mengangkat benda-benda berat selepas mereka mendirikan rumah tangga sehingga membuatkan Zizi berasa kekok. Ia kemudian menjadi tumpuan peminat termasuklah Azwan Ali.

Zizi dalam pada itu tampil menafikan dirinya kini hamil berikutan Yusuf melarang dia membuat perkara-perkara tersebut. “Berkenaan saya tak boleh nak buat kerja berat itu bukanlah fasal mengandung saja. Hamil atau tidak, Yusuf memang tidak benarkan saya angkat benda berat..” jelas Zizi yang dihubungi sebuah media, hari ini.

Sumber: Beautifulnara.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*