Gigi Mudah Bergerak, Mira Filzah Habiskan RM12,500 Untuk….

Aktres dan pengacara Mira Filzah, 27, mend3dahkan dia pernah memakai pendakap gigi (braces) sebanyak dua kali ketika zaman persekolahan.

Menurut Mira, disebabkan tidak konsiste  dan berdisiplin, giginya mula bergerak semula.

“OMG OMG hahaha ya. Dua kali! Pertama kali pakai braces masa emm tingkatan empat atau lima macam tu.

“Tapi malas pakai retainer. Kemudian gigi gerak balik,” kongsinya di Instagram Stories ketika menjawab Ask me a question.

Tambah pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu, dia sudah menghabiskan duit berjumlah RM12,500 untuk aligners bahagian gigi bawah.

“Selepas tiga atau empat tahun, pakai aligners dekat gigi bawah sahaja, yang berjumlah RM12,500 tapi malas pakai, apa pun tak jadi.

“Susah ya pakai ni, awak kena buka setiap kali nak makan. Nak sip kopi pun kena buka. Tidur pun kena pakai. Eeee.

“Gigi gerak balik. Pakai retainer adalah komitmen hidup. Gigi Mira senang gerak balik. Jadi emm malas dah. Itulah kisahnya. Mengalah dah,” kongsinya lagi.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook satkobaviral.com

Sumber : Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*