Anggota trafik ‘flying kick’ penunggang motosikal, Ini komen Pesuruhjaya Polis Sarawak

POLIS Sarawak sedang meny1asat anggota Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu susulan video tular seorang penunggang motosikal ditendang hingga jatuh di Jalan Temple, Sibu, hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, tindakan tegas akan diambil ke atas anggota terbabit sekiranya dia didapati bersalah atas perbuatan itu.

“Setakat ini, kita masih menjalankan s1asatan namun tindakan akan diambil jika dia didapati cuai atau bertindak agresif ketika menjalankan tugas,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut beliau, kejadian berlaku ketika anggota trafik membuat pemeriksaan mengejut ‘Op Motosikal’ di Jalan Temple sekitar jam 12.15 tengah hari.

Kejadian itu dirakam orang awam dan tular di media sosial sekali gus mengundang pelbagai reaksi warganet.

Menerusi Rakaman video berduarasi 15 saat itu memaparkan seorang anggota trafik menendang penunggang motosikal yang membuat pusingan ‘U’ secara tiba-tiba selepas ditahan untuk pemeriksaan.

Penunggang motor tersebut ke lihatan enggan memberhentikan kenderaan menyebabkan anggota terpaksa men3ndang motor tersebut.

Aidi berkata, pemeriksaan lanjut mendapati penunggang motosikal terbabit tidak mempunyai lesen memandu dan cukai jalan motosikal tamat tempoh.

“Penunggang motosikal terbabit juga akan dikenakan tindakan sam4n kerana menunggang mel4wan arus dan ubah suai ekzos,” katanya.

Pelbagai reaksi diberikan oleh warganet yang turut mempersoalakn cara anggota tersebut bertindak, kerana jarak motor dengan anggota polis itu masih dekat. Kaedah mengambil kunci motor atau menarik tangan penunggan motor masih boleh di gunakn ketika berdepan dengan situasi tersebut

“Terima kasih juga kepada polis tu sbb tindakan flying kick dia tu menyelamatkan pengguna jalan raya yg lain drpd berdepan risiko berhadapan penunggang motosikal menentang arus. Kepada rakyat malaysia yg marah kat polis tu, meh sini aku nak tanya. Bukan ke sblm ni korang juga yg marah sgt dgn penunggang atau pemandu yg men3ntang arus???” tulis seorang netizan

“Kalau la yg kena flying kick penj3nayah yg dicari…. Rasa2 nak bagi reward ke atau tindakan tata tertib kat abg polis tu”

Apa-apa pun kita serahkan kepada pihak berwajib untuk menjanlakan s1asatan

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

Sumber : MB

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*