Resepi Sosej Rol. Snek Ringan Untuk Anak Cuti Sekolah!

Sosej dipotong dua atau anda boleh memotongnya mengikut suka. Enak dinikmati bersama sos atau dimakan begitu sahaja.

BAHAN-BAHAN:

  • Doh pastri lapis secukupnya
  • 1 paket sosej ayam
  • 1 biji telur | dipukul kembang
  • Bijan hitam secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Canai doh pastri lapis setebal 3mm dan sapukan telur di permukaannya.
  2. Kemudian letakkan sosej di atas doh tadi dan gulungkan ia sehingga menutupi sosej. Lakukan sehingga habis.
  3. Seterusnya letakkan di atas tin pembakar dan sekali lagi sapukan telur di bahagian tepi atas doh.
  4. Setelah itu, taburkan bijan hitam secukupnya.
  5. Akhir sekali, bakar pada suhu 200ºC selama 25 minit atau sehingga berwarna keperangan.
  6. Letakkan sosej rol di atas relai dan sejukkan seketika. Sedia untuk dihidangkan.

 

Sumber: Rasa 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*