Cara-Cara Buat Kepak Ayam Madu Versi Pasar Malam

Pernah tak anda ke pasar malam semata-mata nak beli kepak ayam madu tu? Makan panas-panas memang layan sungguh! Kalau bulan puasa, memang laris kepak ayam ni. Nak cuba buat secara homemade? Jom lihat bahan-bahan yang anda perlukan.

KEPAK AYAM MADU PASAR MALAM

Ini resepi saya berniaga dulu, kepak ayam madu. Resepinya cukup ringkas, pulangannya insyallah lumayan. Cuma sekarang dah pencen. Berniaga benda lain pulak. Nama saja madu, tapi pakai gula. Kahkah…Cubalah, share dengan kawan kau yang lain. – Haerme Abd Rahman ( pemilik resipi)

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg kepak ayam
  • 2 labu bawang putih
  • 2 inci halia
  • 3 biji bawang merah
  • 10 batang serai
  • 2 sudu makan serbuk kunyit
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya
  • 1 cawan gula putih dan gula perang ( lebih kurang)
  • 2 sudu makan serbuk cili
  • Pewarna merah secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Kisar semua bahan ( kecuali kepak ayam dan pewarna) hingga halus.
  2. Titiskan sedikit pewarna pada ayam dan tuang bahan kisar. Perap semalaman.
  3. Nyalakan arang dan bakar kepak ayam hingga masak.
  4. Sedia untuk dinimati.

NOTA:

1. Lagi lama ayam diperap, lagi enak rasanya.

2. Paling sedap jika dibakar menggunakan arang kerana ayam akan rasa asap dan sedikit hangus. Berbanding jika dimasak menggunakan ketuhar.

3. Jika masak menggunakan ketuhar, guna suhu 170C-200C dan bakar kepak ayam selama 15-20 minit bergantung kepada saiz dan berat ayam.

 

Kredit resipi & foto: Haerme Abd Rahman

Sumber: Rasa

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*