“Not all heroes wear capes” – Usaha Dua Lelaki Bantu Redakan Banjir Di KL Dapat Pujian Netizen

Musim Monsun Timur Laut, merupakan musim tengkujuh utama negara kita setiap kali masuknya penghujung tahun.

Waktu-waktu ini, cuaca akan kelihatan sentiasa mendung dan bergerimis — selain seringkali membawa bersama hujan tanpa henti, sehingga mengakibatkan banjir di beberapa lokasi terjejas seluruh negara.

Cakap pasal banjir ni, yang tak bestnya bila berlaku banjir kilat kat kawasan bandar yang padat dengan pembangunan — yang kita tahu akan menimbulkan kesesakan lalu lintas yang teruk!

Baru-baru ni pun, beberapa lokasi bandar di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang terjejas akibat dinaiki air.

Dan jarang-jarang kita dapat lihat orang ramai khususnya, mengambil inisiatif untuk membantu menyelesaikan masalah tersebut demi keselesaan pengguna jalan raya yang lain — tapi tidak bagi dua insan mulia ini.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter, @datininaz — kedua-dua lelaki terbabit yang merupakan suami dan adiknya, mengambil inisiatif membuka penutup longkang di sekitar kawasan terjejas agar air banjir lebih mudah surut dengan cepat.

Disebabkan niat murni dua insan ini, jalan yang dinaiki air itu mula beransur pulih seperti sedia kala.

And lepas semua air tu dah surut, korang jangan risau sebab semua manhole tu ditutup semula demi keselamatan orang ramai.

Bagus kan? Sikap terpuji macam ni lah yang patut kita encourage dalam diri semua orang dan semoga kedua-dua brader ni diberikan ganjaran dan pahala berlipat kali ganda atas usaha murni mereka.

Sumber : Lobak Merah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*