Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin, melangsungkan pernikahan dalam majlis tertutup yang diadakan di sebuah hotel pada 27 November 2017.
Pasangan ini bercinta ketika kedua-duanya membintangi drama bersiri Hero Seorang Cinderella sehingga membuatkan peminat mencipta gabungan nama berserta tanda pagar #Fattzura.
Fattah juga turut memuatnaik video di instagram bagi menyampaikan ucapan romantik kepada isteri.
you make me smile for no reason, your love is my treasure, my love for you knows no season, because I love you beyond measure. Happy birthday to my sweet, loving, caring wifey @missfazura semoga Allah sentiasa lindungi, rahmati, kurniakan kebahagian, kejayaan dunia dan akhirat. Amin ya rabbal alamin. I love you. 💙
Dalam pada itu, ditanya tentang kehidupannya sejak berkeluarga, Fattah mengakui dia berada pada tahap yang sangat bahagia.
Sudah dua tahun mendirikan rumah tangga bersama pelakon cantik Nur Fazura, pelakon Fattah Amin mengakui kehidupannya kini sangat bahagia. Ujarnya, disebalik kejayaannya, Fazura adalah wanita yang banyak mendorongnya dan sentiasa ada ketika susah mahu pun senang.
Jika diberi skala kebahagiaan, Fattah memberikan markah maksimum untuk menggambarkan kebahagiaan rumah tangganya. Kata Fattah lagi, kebahagiaan rumah tangganya itu atas doa peminat dan keluarga.
Fazura juga sentiasa menjadi tulang belakang kepada kejayaan yang dia kecapinya hari ini.
View this post on Instagram
Celebrating the solemnization of #RizmanSuraya 🌹💍 @rizman.n @nuridasuraya
“Jika dikira tahap 1 sampai 10 saya kini tahap 10, tapi kalau 1 sampai 100 saya pada tahap 100 (kebahagiaan).
“Alhamdulillah doa saya dimakbulkan untuk mendapatkan kebahagiaan ini. Fazura banyak membantu saya, seperti yang orang selalu cakap di sebalik kejayaan lelaki itu ada seorang wanita,” ujarnya.
Pape pun min doakan agar kedua mereka bahagia hingga syurga. Aamiin..
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook.
Sumber : Instagram
Leave a Reply