“Hina ke orang macam saya kahwin dengan wanita muda?” – Ebby Yus terkilan komen neg4tif dikatakan tak layak untuk Zizi Kirana

Gara-gara sekeping gambar, pelakon dan pelawak, Ebby Yus bingung dihujani soalan mengenai status perkahwinan.

Kata Ebby, dia terkejut apabila salah seorang anak buahnya juga turut menghubungi untuk memastikan kesahihan berita itu.

“Saya sendiri bingung bila orang tanya pasal kahwin. Ramai ingat saya dah kahwin sedangkan foto itu hanya lakonan bersama Zizi Kirana.

“Sejak semalam, saya dihujani soalan sama ada sudah berkahwin atau tidak kerana ramai yang mempersoalkan mengapa mereka tidak dijemput.

“Bagaimana hendak menjemput kerana semua itu sekadar lakonan? Anak buah saya yang berada di Kuantan, Pahang turut menghubungi dan meminta saya menjelaskan perkara itu.

“Saya tidak terasa hati dengan cemuhan dan kritikan warganet, cuma sebagai manusia, siapa kita untuk mempersoal mengenai jodoh kerana ia aturan Allah.

“Saya bagaimanapun, sudah memaafkan mereka kerana setiap individu mempunyai hak untuk meluahkan pendapat masing-masing,” katanya.

 

 

View this post on Instagram

 

Selamat Pengantin Baru Pak Din @ebbyyusoriginal . Tahniah diucapkan. Smuga bahgia berkekalan hingga ke Jannah . #Repost @ebbyyusoriginal • • • Mintak maaf kepada sahabat semua sebab tak jemput. Majlis buat kecil-kecilan, bila ada rezeki nanti baru saya jemput semua.

A post shared by Pakodi & S’ryn ❤️(Original) (@ropie_sryn_) on

Gara-gara foto ‘perkahwinan’ itu juga, Ebby dicemuh segelintir warganet kerana memilih gadis jauh lebih muda sebagai pasangan hidup.

Ebby berkata, spekulasi itu tercetus apabila Ropi memuat naik gambar ‘perkahwinannya’ dengan Zizi di laman sosial, sebelum ia dipanjangkan rakan yang lain.

“Zizi pula turut melayan sehingga ramai yang keliru sama ada kami benar-benar berkahwin atau lakonan semata-mata,” katanya.

Terdahulu, gambar Ebby dan Zizi menggayakan pakaian pengantin tular di media sosial hingga menimbulkan kekeliruan ramai, termasuk rakan artis.

Mengulas mengenai perkahwinan, Ebby menjelaskan, dia pasti akan berkongsi dengan umum seandainya bertemu jodoh pada masa akan datang.

“Buat masa ini, saya belum mempunyai sesiapa yang istimewa. Tetapi, andai kata bertemu jodoh pada masa hadapan, pasti saya akan berkongsi. Saya tidak akan berahsia hingga menimbulkan persoalan pelbagai pihak.

“Saya memilih wanita yang sedap dipandang mata. Jika boleh, ada ilmu agama serba sedikit dan memahami saya,” katanya.

Pape pun min harap Ebby akan jumpa pasangan yang boleh membahagiakan Ebby, aamiin..

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*