PELAKON Risteena memilih untuk terus mengunci mulut dan tidak memberikan sebarang ulasan mengenai gosip cintanya dengan aktor Isa Khan.
Bagaimanapun, Risteena atau nama sebenar Nur Risteena Munim Zainul Ilyas, 30, memaklumkan akan mengumumkan sesuatu yang istimewa pada bulan depan.
“Saya ada sesuatu yang akan diumumkan pada November nanti, sekarang tak nak cakap dulu. Biar surprise bulan depan, tak nak bagi hint supaya ia jadi kejutan.
“Ada apa pada bulan depan itu kena tunggu, saya tak kata ia berkaitan perkahwinan tapi tunggulah jemputan, biarlah rahsia sampailah hari tersebut,” katanya menerusi siaran langsung di Facebook Harian Metro pada Isnin.
Teka-teki mengenai hubungan Risteena dan Isa Khan mula menjadi perbualan hangat peminat apabila aktres tersebut memuat naik video pendek di Instagram memaparkan seorang lelaki sedang menyuapkannya makanan.
Peminat membuat andaian jejaka dalam foto yang dikongsi Risteena adalah Isa Khan.
Dia juga pernah memuat naik gambar seorang lelaki bertopi dan berbaju hitam yang dikaburi dengan sejambak bunga.
Menerusi foto tersebut, netizen mula membuat andaian bahawa lelaki dalam gambar itu adalah Isa Khan.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, kakak kepada pelakon Ruhainies ini turut meminta peminat tidak membuat spekulasi mengenai hubungannya dengan aktor tersebut.
Risteena meminta netizen tidak membuat andaian mengenai hubungannya dengan Isa Khan.
Malah, tindakannya meletakkan emoji love di foto tersebut bukanlah untuk berteka-teki mengenai siapa jejaka berkenaan, sebaliknya hanya ingin berkongsi mengenai aktiviti harian.
“Buat masa ini tak nak komen (hubungan dengan Isa)… tapi kami pernah shooting bersama dalam drama Bulan Di Kota Langit, itu sajalah! Orang boleh buat andaian tapi saya tak sedia buka mulut lagi, mungkin akan datang saya akan cerita.
“Emoji tu sebenarnya saja letak, tak ada pun… bukan nak buat orang teka-teki, lagipun saya memang selalu berkongsi aktiviti untuk follower di Instagram.
“Tapi mungkin ada orang salah faham, macam saya nak berlumba dengan Ruhainies, hakikatnya emoji love itu tiada makna,” ujarnya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : mStar
Leave a Reply