“memang nak sangat baby girl” – Isteri Saharul Ridzwan Bersyukur Hajat Termakbul

Deena Emir isteri kepada pelakon Saharul Ridzwan, dari awal sudah melarang doktor untuk tidak memaklumkan status jantina bayi keduanya sehingga kelahirannya pada 13 Jun lalu.

Tetaapi Deena memang mengimpikan seorang anak perempuan sebagai pelengkap dalam hidupnya yang sudah dikurniakan seorang anak sulung lelaki.

Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir, selamat melahirkan anak kedua secara pembedhan di sebuah pusat perubatan, di sini.

Bayi comel seberat 3.3 kilogram (kg) itu dan ibunya, masing-masing sihat.

Saharul bersyukur isterinya selamat bersalin.

“Ramai tak tahu yang sebenarnya dari awal kehamilan sampailah dalam bilik bersalin, kami suami isteri langsung tak tahu apa jantina baby kali ini.

“Memang dari awal imbas dah maklum awal-awal dekat doktor jangan sebut apa jantinan baby, saja nak rasa kejutan walaupun dalam hati memang nak sangat baby girl,” ceritanya.

Kata Deena lagi, dia bersyukur apabila doanya sepanjang Ramadan lalu untuk memiliki cahaya mata perempuan dimakbulkan Allah.

“Antara doa yang paling saya dan suami harap dimakbulkan sepanjang Ramadan hari itu adalah hadirnya zuriat perempuan sebagai pelengkap hidup.

“Paling diminta dan bila dah dapat rasa dia macam… Ya Allah Maha Baiknya Kamu, kabulkan hajat hambamu yang hina ni pada waktu yang sangat diminta,” coretnya menerusi satu entri di Instagram.

Katanya lagi, pengalaman mengandung anak keduanya ini juga berdepan cabaran tersendiri berbanding ketika anak pertamanya.

“Kehamilan kali ni memang cukup berbeza dengan Ali dulu.Saya dua tiga kali dimasukkan ke hospital, demam panas hampir 40 darjah selsius.

“Alahan teruk, tak boleh bau masak masak ni, muntah sampai lembik nangis-nangis tak larat, emosi tak stabil,” ceritanya.

VIDEO :

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*