Dikatakan Sudah Kurang Aktif Dalam Dunia Seni, Ini Penjelasan Eizlan Yusof

Dikatakan sudah memperlahankan kerjayanya dalam dunia seni, Pelakon dan pengarah, Datuk Seri Eizlan Yusof menegaskan bahawa dirinya masih menerima tawaran berlakon, pengarahan serta kerja belakang takbir.

 

View this post on Instagram

 

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami sekeluarga @sashaboudville @viezaarakhan @zareefyusofofficial @viezaalia maaf zahir batin

A post shared by Eizlan Yusof (@eizlanyusof) on

Menurut Dato Eizlan Yusof, salah faham ini timbul apabila namanya diumumkan sebagai Ahli Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

“Saya masih aktif menerima tawaran. Benar, ada yang salah faham menganggap saya sudah memperlahankan kerjaya selepas nama saya diumum sebagai salah seorang Ahli Perbadanan FINAS.

 

View this post on Instagram

 

Mamat poyo in the making 🤪 #HealthyLifeStyle @euroshop.by.ey

A post shared by Eizlan Yusof (@eizlanyusof) on

“Tapi, sebenarnya saya masih aktif seperti dahulu dan bila ada yang anggap saya perlahankan kerjaya seni, itu cuma salah faham sahaja,” kata Eizlan kepada Gempak.

Tambah Eizlan lagi, dia mengangap tanggungjawab sebagai Ahli Perbadanan FINAS bakal digunakan untuk memperkasakan industri.

 

View this post on Instagram

 

Kaklong kesayangan kami @chentakhaireyza my yayang @sashaboudville #SyukurToALLAH #EizlaNatasha

A post shared by Eizlan Yusof (@eizlanyusof) on

“Saya orang industri, semuanya rakan-rakan saya. Mereka yang lebih tua saya anggap sebagai kakak dan abang manakala yang lebih muda saya anggap sebagai adik-adik saya.

“Kami bagaikan satu keluarga. Apabila saya dan yang lain diberi tanggungjawab dalam FINAS, kami berazam untuk menjalankan tugas untuk memperkasakan industri kreatif tanah air,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Eizlan bakal muncul dalam filem terbaru berjudul Town Mall.

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*