Video Gelagat Anak Ke-2 Hanis Zalikha Curi Perhatian Warganet ” Kenapa Comel Sangat Ni..”

Pelakon, usahawan dan ibu kepada dua orang anak yang comel, Hanis Zalikha sudah tidak asing lagi dalam dunia hiburan tanah air. Sering berkongsikan video keletah kedua anaknya, ternyata ramai yang kagum dengan caranya mendidik anak-anaknya, Yusuf Iskandar, 4 tahun dan Alisa Aisyah, 1 tahun.

Mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi, kedua-dua anak kecil ini memiliki paras rupa yang comel dan keperibadian yang sungguh mengagumkan. Baru sahaja menyambut hari jadi kedua-dua mereka baru-baru ini, keluarga kecil Hanis Zalikha dan Hairul Azreen ini nampak cukup bahagia.

Terbaru menerusi laman Instagram Alisa Aisyah sendiri satu video yang memaparkan gelagat anak kedua Hanis Zalikha ini telah meraih perhatian ramai. Aksinya di depan kamera yang comel itu membuatkan ramai geram!

Berikut adalah video gelagat Alisa yang sangat comel ini:

Alahai, kecil lagi dah pandai bergurau ya! Comel pula tu muka dia, ish bikin geram! Memiliki satu juta pengikut di Instagram milik anak kecil ini, video gelagat Alisa anak Hanis Zalikha itu telah meraih lebih 782 ribu tontonan dan 243 ribu likes. Rata-rata pengikutnya di Instagram ini geram melihatkan gelagat Alisa ini dan meninggalkan reaksi mereka itu di ruangan komen seperti berikut:

Sumber : HCL

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*