“Tuanku suruh kami duduk makan macam biasa…” – Remaja buka cerita, terkedu jumpa Agong

Terdahulu, tular diperkatakan kelibat Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah bersantap roti tempayan di sebuah gerai di Pekan, Pahang..

Jika ada yang perasan, kelihatan juga beberapa orang pelanggan yang lain sedang duduk tenang di belakang Seri Paduka turut sama menjadi bualan ramai.

Menerusi temu bual Gempak, yang sudah berjaya mengesan salah seorang daripada pelanggan tersebut, menceritakan perasaan sebenar disapa Seri Paduka Baginda.

“Saya sebenarnya agak terkedu…” – Basyar

Basyar, berusia 20 tahun, memberitahu dia dan rakannya yang sedang makan di kedai tersebut terkedu dan terkej0t apabila dapat bertemu Seri Paduka secara berdepanan.

“Saya sebenarnya agak terkedu sekali dengan terkej0t sebab perkara macam ni memang jarang berlaku. Kiranya saya dengan kawan-kawan lain ni beruntung sebab dapat makan sekali dengan Seri Paduka…”

Sama sekali tidak pernah terlintas di fikiran akan mengalami momen yang seperti iu, Basyar menyifatkan dia serta rakan-rakannya beruntung dapat berjumpa Seri Paduka

Agong suruh duduk macam biasa

Tambahnya, ketika perasaan gementar memang dirasai namun dengan sikap Seri Paduka yang santai membuatkan dia serta pelanggan lain berasa selesa.

“Seri Paduka yang suruh kami duduk makan macam biasa. Seri Paduka sempat juga berpesan kepada kami untuk mengikuti Tatacara 0perasi Standard (SOP)…”

Malah, sebelum pulang Basyar dan rakan-rakannya yang lain iaitu Muhd Haris Zaim Ismail, Hariz Haikal Mohamad Hatta dan Nur Iman Mohd Hafiz Andrew dipanggil oleh jurugambar Seri Paduka untuk bergambar bersama sebagi kenangan.

Bertuahnya mereka, bukan senang dapat berjumpa dengan Seri Paduka Agong secara empat mata macam ni. Pasti ia akan menjadi yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

Sumber : Gempak

Via OMM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*