Penantian 24 tahun berakhir, wanita syukur selamat lahir zuriat pertama

Selepas menanti zuriat selama 24 tahun, seorang wanita yang dikenali sebagai Fazilah hilang kata-kata apabila selamat bersalin b@yi perempuan di KIinik Kesihatan Lawin, Perak pada 5 Jun lalu.

Menerusi laman Facebook, ibu berusia 43 tahun itu memuat naik beberapa keping gambar dengan meluahkan rasa syukur atas kurniaan cahaya mata itu selepas meIakukan pelbagai usaha, ikhtiar dan doa.

Menurut Fazilah, tiada pasangan suami isteri yang tidak ingin memperoleh zuriat sebaliknya mereka perlu percaya dengan rezeki masing-masing yang ditetapkan Allah SWT.

Syukur pada Allah! Anugerah terindah

Bercerita mengenai anugerah terindah itu, dia percaya terdapat hikmah di sebalik semua ujian tersebut selain menamakan anaknya dengan nama Nur Fasihah Qhadeejah Mohamad.

“Walaupun di usia yang sudah lewat, kegembiraan dalam tangisan penantian yang ditunggu-tunggu akhirnya Allah makbulkan,” katanya.

Bagi pasangan yang menanti cahaya mata, insyaAllah satu hari nanti

Posting tersebut mendapat 770 perkongsian dan dihujani ucapan tahniah netizen yang kagum dengan kesabaran Fazilah serta suami selain mendoakan yang terbaik untuk anaknya.

Antara gambar yang dikongsi

Sumber : Fazilah

Via OMM.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*