“Amboi Bukan Main Terhibur Ya Abang” Tersasul ‘K4ngkang’, Comel Bila Erra Fazira Warning Norman Hakim

Pelakon dan pengacara Erra Fazira menjadi perhatian ramai selepas tersalah cakap menerusi program bual bicara, Mingguan Wanita baru-baru ini.

Erra menerusi akaun Instagramnya memohon maaf sambil berkongsi video pendek babak tersebut.

“Ampun, ni akibatnya bila topik best. ‘Kenapa isteri saya tak macam dulu’ memang macam pelurulah nak berkata-kata. Kan dah mendapat, sorry tau,” tulisnya.

Dalam pada itu, pasangan pengacaranya aktor Norman Hakim juga turut berkongsi sedutan yang sama di akaun Instagram miliknya.

“Ya saya ni memang cepat terhibur, bukan tak nak cover tapi memang nafas dah tersekat, perut dah cramp.

“Nasib baik boleh kontrol lagi walau nampak dah tak tercontrol. Sampai la ni yerngiang-ngiang momen sampai nak terkencing-kencing,” tulisnya.

Namun apa yang menarik perhatian adalah komen Erra menerusi posting Norman.

“Amboi amboi amboi, bukan main terhibur ya abanggggg. Cis, inilah namanya harapkan pagar, pagar tak boleh harap. Awas lohhhh,” tulisnya.

Interaksi kedua-dua pelakon itu ternyata menghiburkan peminat dan rata-rata seronok dengan sikap spoting pasangan pengacara ini.

Mingguan Wanita bersiaran setiap Khamis, jam 12 tengah hari di Astro Prima (saluran 105/121).

Rancangan ini juga boleh ditonton di platform Astro Go dan On Demand.

Terdahulu, Erra tersasul menyebut ayat ‘kangkang’ sebelum disedari oleh Norman dan tetamu jemputan Datuk Fizz Fairuz yang kemudiannya terus ketawa.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih !

Sumber : Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*