“Kumpul Duit 6 Bulan Nak Hadiahkan Risteena Kereta Audi” – Isa Khan Guna Wang Daripada….

Pelakon Isa Khan mendedahkan bahawa dia mengambil masa selama enam bulan untuk menyimpan wang sebelum membuat keputusan untuk membeli sebuah kereta mewah jenis Audi sebagai hadiah ulang tahun perkenalan buat tunangnya, Risteena Munim.

Menurut Isa, 27, wang simpanan itu merupakan hasil penat lelahnya selama ini yang mengusahakan perniagaan produk makanan tambahan miliknya.

“Saya menyimpan wang selama enam bulan selepas mengusahakan bisnes Lovit, sebelum boleh beli kereta itu.

“Ia sebenarnya satu bentuk penghargaan buat Risteena pada sambutan ulang tahun perkenalan kami yang pertama,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Menurut Isa, dia memilih kenderaan tersebut sebagai hadiah kerana Risteena pernah menyatakan minatnya terhadap kereta berkenaan sebelum ini.

“Sebelum ini, kami memang ada berborak mengenai kereta Audi. Sebenarnya kami sama-sama minat dengan kereta tersebut. Jadi, sebab itulah saya membelinya,” katanya.

Terdahulu, Isa dilaporkan memberi hadiah kereta jenis Audi kepada Risteena sempena ulang tahun perkenalan mereka yang pertama.

Perkara itu dikongsikan sendiri Isa menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram.

Dalam pada itu, Isa mengakui perniagaan yang diusahakan bersama Risteena itu juga semakin berkembang maju apabila mula menembusi pasaran negara jiran.

“Syukur apa yang kami usahakan ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai.

“Kami berharap agar perniagaan ini dapat terus berkembang termasuklah di pasaran luar negara,” katanya yang merupakan bekas bintang Akademi Fantasia 2016.

Isa dan Risteena mengikat tali pertunangan 23 November lalu di Bali, Indonesia.

Saksikan program yang menampilkan Isa Khan di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih !

Sumber : Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*