Dr Say cem4s, isteri WhatsApp foto ‘dua line’ – “Saya mungkin akan dim4ki… tapi Say Shazril mana dengar cakap bini”

BAPA mana yang tidak gembira, tidak bersyukur apabila mereka diraikan dan dihargai sempena Hari Bapa.

Bagi seorang doktor popular ini, hadiah Hari Bapa yang diterimanya bukan biasa-biasa, mungkin sesuatu yang tidak pernah dijangkakannya pada hari istimewa itu.

Best Father’s Day Gift Ever!!! (Hadiah hari bapa yang terbaik!!!),” tulis Dr Muhammad Shazril Shahruddin di laman Instagramnya.

Segala-galanya bermula apabila dia menerima satu panggilan cem4s daripada isterinya, Dr Azura Abas malah diberikan ‘amaran’ berhubung dengan kejutan itu.

Dr Say berkongsi kisah mengenai panggilan cemas daripada isterinya.

“Pagi tadi saya dapat panggilan cemas daripada bini ‘Ubby, I buat UPT (ujian kehamilan) tadi dan dapat dua line (garisan). I macam tak percaya, jadi I buat sekali lagi dan dapat dua line juga! Tapi samar-sama kedua-duanya, betul ke ni? I hamil ke ni?’.

“Dah dia kalut saya lagilah kalut ‘Waaah, best gila unny! Alhamdullilah! Happy gilaaa, mai gambar tengok,” ujar beliau yang lebih dikenali sebagai Dr Say Shazril di laman sosial.

Berkongsi pengalaman, Dr Say Shazril yang merupakan pengacara bagi program Tanya Doktor dan My Doctors berkata, beliau kemudian menerima sekeping foto kit ujian kehamilan daripada isteri menerusi aplikasi WhatsApp.

Perkongsian Dr Say di laman sosial mengenai kehamilan isteri.

“Saya mungkin akan dimaki bini akibat post gambar ni tapi saya tak boleh tahan! Di WhatsApp-kannya gambar di atas dengan pesanan ‘you jangan post, benda tak pasti lagi, kalau tak jadi nanti I down (sedih)’.

“Tapi Say Shazril mana dengar cakap bini dan Say Shazril mana boleh simpan excitement (keterujaan) maka alhamdulillah… Saya tahu mana ada orang post keputusan UPT ni sehinggalah sekurang-kurangnya kehamilan mereka dah masuk trimester kedua.

“Tapi bagi saya jadi atau tidak itu belakang kira. Sekurang-kurangnya ada sinar harapan yang kami masih lagi boleh mendapatkan zuriat,” tambahnya.

Selepas lima tahun berkahwin, Dr Say dan isteri dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

Doktor berusia 32 tahun itu tampil menjelaskan meskipun telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki berusia setahun, Aezril atau lebih mesra dengan panggilan Ace.

“Sebab apa doc cakap macam tu? Doc dah dapat Ace kot, kenapa nak risau tak boleh dapat anak lagi?’. Tu semua ada saya jelaskan dalam video YouTube pertama saya tidak lama lagi!

“Sesuatu yang saya dan bini tak pernah kongsikan dalam media sosial kami kemungkinan yang kami akan sukar mendapatkan zuriat lagi.

 

Bagi saya jadi atau tidak itu belakang kira. Sekurang-kurangnya ada sinar harapan yang kami masih lagi boleh mendapatkan zuriat

DR SAY SHAZRIL

“Tapi yelah masih terlalu awal juga maka di sini saya ingin memohon jasa baik anda, doakanlah kandungan kami ni agar terpelihara kesihatannya.

“Kasihan tengok Ace tak ada kawan dan kasihan tengok daddy muka dia tak diturunkan kepada sesiapa,” ujarnya secara berselor0h merujuk wajah Ace mirip wajah isterinya.

Dr Say bersama anaknya yang dilahirkan pada 5 Mei 2019.

Selepas lima tahun berkahwin, Dr Say Shazril dan Dr Azura dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 5 Mei 2019.

Sebelum ini, Dr Say Shazril pernah berkongsi mengenai masalah kesuburan dan usahanya untuk mendapatkan zuriat, sehingga perkongsian tersebut menjadi tular.

Selain mend3dahkan dirinya menjalani ujian kesuburan, beliau turut menggariskan beberapa tip untuk kesuburan lelaki seperti mengurangkan pengambilan minuman berkarbonat, mengamalkan pemakanan sihat dan aspek pemakaian khususnya seluar yang ketat.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih !

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*