Selepas setahun tiada respons… Linda Rafar teruskan sam4n doktor, tuntut ganti rugi RM1 juta

PELAKON Linda Rafar memfailkan sam4n fitn4h dan menuntut ganti rugi sebanyak RM1 juta daripada seorang doktor yang dikenali sebagai Rusyainie Ramli kerana menerbitkan muat naik p4lsu dan fitn4h mengenai dirinya di laman sosial pada tahun lalu.

Ia susulan penyanyi tersebut tidak menerima maklum balas daripada doktor berkenaan selepas gagal membuat permohonan maaf secara terbuka dan pampasan bernilai RM4 juta Mei tahun lalu.

Wakil jurucakap Linda iaitu Wan Azmir Wan Majid, kenyataan Dr. Rusyainie telah mencemarkan imej, reputasi dan jenama peribadi Linda Rafar sebagai selebriti terkenal sambil menyebarkan pembohongan kepada pengikutnya dan orang lain yang mempunyai akses internet untuk membaca catatan tersebut.

“Kami berpendapat bahawa ianya telah menjadi satu trend akhir-akhir ini di mana banyak mengejar pengaruh (clout chasers) membuat postings, komen dan penyataan yang lancang, kontr0versi dan berat sebelah terhadap selebriti dan klien berprofil tinggi yang kami wakili, berusaha untuk menaikkan populariti menggunakan nama orang lain untuk menguntungkan diri mereka sendiri.

“Penerbitan di Facebook oleh doktor tersebut mengikut modus operandi yang sama kata-kata yang sangat berat sebelah, kasar dan memfitnah, daripada orang yang tidak dikenali oleh anak guam kami.

Imej Linda tercemar kerana muat naik tersebut.

“Defendan memfitn4h Linda Rafar untuk keuntungan peribadi dalam usaha berniat jahat meningkatkan kedudukannya dalam kalangan pengikut media sosial, semuanya dengan menjatuhkan reputasi Linda Rafar. Defendan bertindak dengan niat jahat dalam menyiarkan kenyataan, catatan dan komen tersebut, ” kata Wan Azmir.

Linda Rafar memfailkan saman dan ganti rugi sebanyak RM1 juta melalui firma guaman Hafarizam, Wan dan Aisha Mubarak untuk membuktikan kebenaran secara terbuka bagi memberitahu orang ramai dan pihak berkepentingan (stakeholders) mengenai fakta yang sebenar dan mencari jalan penyelesaian yang sewajarnya terhadap kemudaratan yang disebabkan oleh kenyataan p4lsu dan fitn4h defendan dan kegagalan untuk meminta maaf padanya.

Defendan sedar pernyataan, catatan serta komen itu palsu dan fitn4h kerana terdapat rekod dokumen oleh Mahk4mah Sesyen, Shah Alam, Selangor ketika mahk4mah telah membuat keputusan pada 8 Mei tahun lalu bagi saman sivil yang diambil oleh seorang jurur4wat terhadap Linda.

Kedua-dua pihak dinasihati untuk menyelesaikan masalah berdamai dan mereka berdua telah pun melakukan seperti yang disarankan oleh hakim.

Barisan peguam mewakili Linda; dari kiri, Zeti Zulkiflii, Wan Azmir dan Nurul Hafidzah.

Pada 29 Mei tahun lalu, Linda mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang pengamal perub4tan yang dikenali sebagai Dr Rusyainie Ramli atas penulisan berbaur fitn4h menerusi Facebook wanita itu pada 9 Mei tahun yang sama.

Selain Rusyainie tiga lagi pihak termasuk PW Community turut berhadapan tindakan und4ng-und4ng atas dakw4an fitn4h.

Menerusi tuntutan itu Linda mendakwa Rusyainie telah menulis dan menerbit lima bentuk penulisan (posting) berbaur fitnah dan komen-komen melampau ke atasnya di media sosial.

Keempat-empat pihak berkenaan diberi tempoh tujuh hari untuk memberi maklum balas sebelum tindakan susulan diteruskan.

Isu itu bagaimanapun berakhir apabila Linda dan jururawat memilih menyelesaikan secara persetujuan luar mahk4mah.

Linda Rafar diwakili pasukan peguam iaitu Wan Azmir Wan Majid, Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zulkifli.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*