Bukan guna “Kabel” Ayah, Anak Dr Noor Hisham memang layak – Netizen

MALAYSIA: Dalam satu perkongsian terbaru Menteri Kewangan Malaysia iaitu Tengku Zaful ada memaklumkan bahawa 3 orang siswazah telah dipilih bagi menyertai program Felo Perdana bagi tahun 2020.

Dimana salah seorang daripada Felo Perdana tersebut merupakan anak kepada Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah.

Ahli Felo Perdana yang dimaksudkan itu ialah Muhammad Khair Noor Hisham. Beliau merupakan seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda Jurusan Ekonomi Bisnes dari Universiti Sheffield Hallam.

Dipersoalkan oleh sebahagian warganet

Sebelum itu, kehadiran Khair Noor Hisham memegang jawatan ahli Felo Perdana dipersoalkan oleh warga maya. Malah ada yang tidak senang dengan pelantikkan Muhammad Khair.

Mereka menyifatkan jawatan itu diberikan kerana ayahnya merupakan orang kuat dan mempunyai kabel dalam kerajaan.

Ini menjadikannya sebagai contoh kebanyakkan jawatan kerajaan dipenuhi oleh kaum kerabat di dalam Kerajaan.

Namun profile Muhammad Khair diberikan bagi menutup mulut yang mengata beliau.

Sepanjang bergelar mahasiswa, pelajar ini mendapat pelbagai anugerah akademik yang telah diraihnya antaranya ialah memenangi dalam Sheffield Business School International Dragon’s Den competetition pada tahun 2019.

Anak Dr Noor Hisham ini juga pernah mendapat anugerah sebagai pelajar terbaik iaitu menjadi ketua kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar di UITM Pahang pada tahun 2018.

Muhammad Khair juga merupakan seorang pelajar yang sangat aktif sepanjang bergelar siswazah dan pada tahun beliau pernah menjadi pengarah bagi Program Kepimpinan dan Hubungan Budaya iaitu program bersama antarabangsa.

Jadi selepas melihat kepada kesemua pencapaian yang diperolehinya ini pasti jawatan itu sangat layak. Jadi sepatutnya pelantikkannya sebagai Felo Perdana 2020 tidak perlu dipertikai.

Ramai yang memujinya di media sosial kerana dia sangat layak dan mengikuti jejak langkah ayahnya. Ramai mengucapkan tahniah dan meminta yang mempersoalkannya duduk diam dan tidak perlu menggeIabah.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Media Viral

Sumber : Mysumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*