Jika Jodoh Ini Milik Mereka Berdua, Satu Malaysia Restu. Semuanya Bermula Bila Neelofa Tulis Status Ini

Di laman Twitter heboh berkenaan cerita dan komen warganet berkenaan gos1p yang meng4itkan Neelofa dan PU Rizz.

Ramai yang seakan tidak percaya, malah ramai juga yang terus mendoakan Neelofa dipertemukan jodoh dengan PU Rizz.

Meskipun beza umur mereka berdua agak jauh, Neelofa 31 dan PU Rizz 25, namun peminat berpendapat ia tidak menjadi masalah.

” Doa Neelofa dulu, kata dapat jodoh yang turut disenangi oleh semua peminat dia. Jika jodoh ini milik mereka berdua, memang satu Malaysia restu dan tersenyum”

Itu komen salah seorang warganet di Instagram (IG), susulan tersebarnya gos1p meng4itkan bekas pengacara MeleTop, Noor Neelofa dan pend@kwah bebas dikenali PU Riz.

Malah, sejak semalam di laman Twitter kecoh apakah wujudnya hubungan istimewa di antara Neelofa atau mesra disapa Lofa, dengan PU Riz yang turut dikenali sebagai pelakon.

Namun, perkara itu mencetuskan perdebatan dalam kalangan warganet di Twitter apabila mend@kwa PU Riz sudah mempuyai kekasih yang juga seorang penuntut di sebuah universiti awam.

Dalam masa sama, ramai juga peminat yang merestui jika benar Neelofa dan PU Riz sedang bercinta.

Semua bermula bila Neelofa muatnaik status ini dan ada 

Perkara ini tercetus, susulan ciapan dimuat naik Neelofa pada Selasa lalu.

” Jangan hiraukan apa yang orang kata dan fikir mengenai kamu, tapi fokus kepada bagaimana untuk memperbaiki diri sendiri.

” Jangan hidup semata- mata untuk cuba puaskan hati orang lain tetapi untuk diri sendiri,” tulisnya.

Bagaimanapun ciapan Neelofa itu telah mendapat maklum balas dari seorang penguna akuan Izniqadisa.

Individu tersebut seakan cuma mengatakan Neelofa cuba jadi perampas kerana PU Rizz dikatakan sudah mempunyai teman wanita.

” Sebab Lofa cuma hidup untuk puaskan hati sendiri la, Lofa sanggup cvri kekasih orang. Yakinkan semua benda kat dunia ni, Lofa boleh dapat, biarkan orang lain menangis asalkan kita bahagia kan,” tulisnya.

Difahamkan juga hubungan Neelofa dan PU Riz semakin rapat sejak Ramadan lalu, apabila pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa itu sering menjadi imam solat terawih dan menyampaikan tazkirah di kediaman Neelofa.

Sementara itu terdapat juga segelintir warganet yang mengusik dengan membuat gabungan nama Neelofa dan PU Rizz dengan tanda pagar #Loriz.

Pun begitu, usaha Harian Metro mendapatkan PU Riz untuk penjelasannya gagal apabila mesej di WhatsApp tidak dibaca dan panggilan telefon pun tidak diangkat, mungkin sibuk dengan penggambaran drama.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Limau Ais

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*