Remaja ‘Dijemput’ Ilahi Ketika Dalam Perjalanan Untuk Menjadi Imam Dan Ajar Mengaji.

Jodoh, rezeki, aj4l dan m4ut telah ditetapkan Allah SWT semenjak kita masih berada di dalam rahim ibu lagi. Sebagai muslim, kita hendaklah berserah dan percaya kepada takdir yang telah ditetapkan ini.

Seperti perkongsian seorang pengguna Facebook, Nordiah memaklumkan bahawa anak lelakinya iaitu Muammar Ashraf Bin Ahmad Faizuli telah jemput Ilahi selepas terlibat dalam kem4langan jalan raya. Lebih meruntun hati apabila Allahyar-ham pada ketika itu dalam perjalanan menjadi imam dan mengajar al-Quran.

Sebelum ini, ibu Allahyarham iaitu Nordiah menerusi akaun Facebook miliknya ada memaklumkan bahawa anak lelakinya itu telah terlibat dalam satu kem4langan jalan raya.

Berikutan daripada ins1den itu, Allah-yarham kemudian dimasukkan ke h0spital kerana mengalami keced3raan serlus pada bahagian otak.

Menerusi perkongsian terbaru Nordiah di Facebook, dia memaklumkan bahawa anak lelakinya itu telah dijemput Ilahi pada 10 Julai 2020.

Wanita ini sempat meluahkan rasa sedih dan dalam masa yang sama dia bersyukur dan berbangga kerana memiliki seorang anak yang sangat bertanggungjawab serta berbakti kepada keluarga.

Al-fatifah buat anak ummi. Amar adalah anak syurga ummi abah. Amar anak yang baik, adik dan abang yang baik. Ummi abah bangga dapat anak seperti Amar. Disaat-saat akhir Amar, Amar banyak berbakti kepada ummi abah. Banyak khidmat dengan keluarga. Allahhuakhbar. syurga tempat Mu. Muammar Ashraf, ummi rindu nak dengar suara gurauan mu dengan adik-adik.

Sementara itu, seorang pengguna Facebook iaitu Muhammad Iqbal Maharani turut berkongsi rasa duka atas pemergian Allah-yarham walaupun mereka tidak pernah mengenali antara satu sama lain apatah lagi bersua muka.

Menurut individu ini, pengakhiran Allah-yarham amat dicemburui ramai kerana dijemput Ilahi pada hari Jumaat ditambah pula dengan segala kebaikan yang dilakukannya sebelum ini.

Mereka turut mendoakan agar roh Muammar Ashraf bin Ahmad Faizul berada dalam kalangan hamba Allah yang beriman dan khusnul khatimah menjadi miliknya.

Sumber: Nordiah, Muhammad Iqbal Maharani via Oh Bulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*