Pernah Minta Atuk Buka ‘Pool’, Pakl0ng Mail Terp4ksa Jadi ‘Guard’ Cucu Di K0lam

Sejak berlangsungnya Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) bermula bulan Mac yang lalu disebabkan pendemik Covid-19, nama Menteri Kanan Kluster Keselamatan dilihat cukup popular kerana hampir setiap hari wajahnya terpampang di kaca televisyen.

Selain daripada itu, kehidupan peribadi beliau turut menarik perhatian kerana merupakan bapa kepada penyanyi, Ghadaffi Ismail Sabri dan bapa mertua kepada pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie.

Jovian juga kerap memuat naik gambar keakraban anaknya bersama Datuk Ismail Sabri yang terlihat comel kerana cucunya itu begitu rapat dengan datuknya.

Menerusi perkongsian Jovian beberapa hari lepas, dia telah memuat naik gambar Menteri Keselamatan menemani cucunya mandi di kolam dengan kapsyen yang lucu apabila apabila menggelar bapa mertuanya sebagai lifeguard kepada si comel itu.

Jeanelle Nika Mandagie atau mesra disapa J,dilihat bergambar didalam kolam kolam renang  sambil diperhatikan datuknya dibelakang yang memantau keadaan cucu tersayang.

Sususlan daripada itu, rata-rata warganet terhibur dengan muat naik yang dilakukan oleh Jovian kerana mengenangkan video yang pernah dimuat naik berkenaan pemintaan anaknya yang ingin datuk tersayang membuka kolam renang untuk orang ramai susulan daripada kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan berkenaan aktiviti luar.

Warganet juga sempat berseloroh dengan dengan mengatakan bahawa penjaga yang mengawal Jeanelle Nika Mandagie  bukan calang-calang kerana Datuk Ismail Sabri Yaakob adalah Menteri Pertahanan Malaysia bagi kerajaan di bawah kepimpinan Perikatan Nasional.

Sumber: Jovian Mandagie, KLPress

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*