Tular pelajar bawa kicap dalam kelas, sekali lori Jalen terus datang jengah!

Sebelum ini, tular di media sosi@l apabila seorang pelajar sekolah menengah makan di dalam kelas ketika hari pertama pembukaan sekolah dengan membawa sekali botol kicap jenama Jalen.

Makan tak boleh tak ada kicap..

Gambar tersebut telah dikongsikan oleh Msa Ahmad di dalam laman Facebook Masak Apa Tak jadi Hari ini dan mendapat puluhan ribu tanda suka.

Pelajar dari SMK Seri Medan itu hanya tersenyum ketika gambarnya di ambil sambil memakan bekalan yang dibawa dari rumah beserta sebotol kicap Jalen.

Model baru kicap

Sehubungan dengan itu, lori Syarikat Jalen telah datang ke SMK Seri Medan  setelah gambar tersebut tular di Facebook dan menjadi gurauan para pelayar internet.

Salah seorang guru di sekolah tersebut dikenali sebagai Lyna Amaliena telah memuat naik gambar berdiri di sebelah lori yang diparkir di perkarangan sekolah..

Terus lori kicap maii sekolah

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet turut terhibur melihat perkara itu yang berlaku. Ada juga yang berseloroh pelajar tersebut kini menjadi model baru kicap Jalen setelah gambarnya menjadi bualan di media sosial.

 

Sumber OMM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*