Kandungan masuk trimester kedua, dah berani naik bot..- Mawar Rashid

WALAUPUN usia kandungan baharu sahaja memasuki trimester kedua, pelakon Mawar Rashid sudah berani mengambil risiko menaiki bot semasa bercuti ke Pulau Perhentian, Terengganu baru-baru ini.

Bagaimanapun, Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 25, berkata dia sudah mendapatkan nasihat dan saranan doktor terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk melakukan aktiviti ketika bercuti ke pulau itu.

“Awal-awal tu risau juga boleh ke tidak nak bercuti ke pulau.

“Tapi saya tanya pak4r s@kit puan yang merawat saya, dia kata boleh pergi tapi tak boleh naik bot kecil.

Mawar Rashid kini hamil anak kedua.

“Alhamdulillah, memang saya jaga betul-betul. Saya dah tanya pada doktor, bukan main naik saja bot dan pergi pulau tanpa dapatkan kepastian tentang kandungan saya,” katanya kepada mStar.

Katanya, dia dinasihatkan supaya menaiki bot bersaiz besar bagi memastikan tiada hentakan kuat yang boleh menjejaskan kandungannya.

Tambahnya, semasa menaiki bot tersebut, Mawar juga memastikan dia duduk di bahagian belakang supaya tiada terkena hentakan.

“Bot yang saya naik tu bersaiz besar jadi hentakan tak kuat dan tak jejas kandungan saya. Bot tu pun selamat.

 

Semasa di sana pun, saya memang jaga betul-betul.

MAWAR RASHID

PELAKON

“Semasa di sana pun, saya memang jaga betul-betul… saya duduk di bahagian belakang bot sebab tak ada hent4kan,” ujarnya.

Bercerita tentang pengalaman hamil kali ini, Mawar berkata alahan dan loya yang dialami selepas memasuki trimester kedua sudah berkurangan malah dia sudah mula aktif bekerja.

Mawar menyifatkan kehamilan kali ini lebih mudah berbanding mengandungkan anak pertamanya, Raden Muhammad Rafael yang kini berusia setahun.

“Masa trimester pertama, memang loya tervk… mual-mual, mvntah-mvntah.

Mawar bersama suaminya, Raf dan anak mereka, Raden.

“Tapi Alhamdulillah dah masuk trimester kedua ni dah kurang mual… dah boleh aktif semula dan bekerja.

“Mual pun kalau pervt masuk angin saja. Alahan pada bau pun dah kurang, tak seteruk semasa saya hamilkan Rafael,” jelasnya.

Mawar dan suaminya, Raf Yaakob mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Raden Muhammad Rafael pada 13 Mac tahun lalu.

Untuk rekod, Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob, 35, mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Raden Ahmad Rayyan, 9, dan Raden Seri Raysaa Chanela yang berusia empat tahun.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*