Bakal Dapat Menantu Artis Popular Mira Filzah, Ini Kata-Kata Timbalan Menteri Datin Mastura

Dalam kesibukan menghadiri persidangan Dewan Rakyat selain menjalankan tugas penting sebagai Timbalan Menteri, Datin Mastura Mohd Yazid sempat menjawab soalan wartawan berhubung hubungan anaknya dengan artis terkenal, Mira Filzah.

Meskipun ringkas jawapan diberikan, namun sudah cukup untuk mengatakan hubungan pelakon popular itu dan tunangannya mendapat restu kedua orang tua.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), itu mengesahkan anaknya, Wan Emir Astar bakal melangsungkan pernikahan dengan Mira, tahun ini.

Mastura yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar ketika ditemui turut meminta orang ramai mendoakan kebahagiaan anak dan bakal menantunya itu.

” Ya, kedua-dua keluarga sudah berjumpa. Semuanya berjalan lancar dan ia akan diumumkan nanti. Insya-Allah,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, Mira ketika ditemui mengesahkan dia sudah bertunang dengan Wan Emir tetapi enggan mended@hkan secara terperinci mengenai pertunangannya itu.

Mira juga tidak menafikan mengenai persiapan majlis perkahwinannya yang dikatakan bakal berlangsung Oktober ini.

” Saya dah bersedia (untuk berkahwin) dan kini sedang dalam fasa ‘on-going’ (persediaan).

” Kalau berapa peratus persediaan yang sudah dilakukan, saya tak dapat jawab kerana masih di peringkat awal,” katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan mengenai desas desus hubungan Mira dan Emir yang dikukuhkan lagi apabila adiknya, Aina Fadhilah memanggil Emir dengan gelaran BIL (brother in law) atau abang ipar.

Gambar-  Mira dilihat tampil bersama Emir di majlis perkahwinan rakan

Mira Filzah juga sudah sahkan

Terdahulu pelakon popular Mira Filzah mengesahkan dia sudah bertunang dengan kekasihnya Wan Emir Astar yang juga anak kepada Datin Mastura Mohd Yazid.

Bagaimanapun, Mira ketika ditemui enggan mended@hkan secara terperinci mengenai pertunangannya itu.

” Status sekarang dah bertunang,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran platform digital Nurflix di Bukit Jelutong, Shah Alam, hari ini.

Menurut pelakon filem Sangkar ini, dia akan maklumkan kepada media sekiranya semuanya berjalan dengan lancar.

” Insya-Allah, memandangkan kerajaan pun sudah membenarkan jumlah tetamu untuk majlis perkahwinan adalah 250 orang, tentunya saya akan sediakan tempat untuk rakan-rakan media.

” Apa-apa pun, saya akan maklumkan sekiranya semuanya sudah siap sedia,” katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan mengenai desas desus hubungan Mira dan Emir yang dikukuhkan lagi apabila adiknya, Aina Fadhilah memanggil Emir dengan gelaran BIL (brother in law) atau abang ipar.

Terbaru, Mira bakal muncul dalam program terbaru Nurflix, berjudul Mira Mira On The Wall dan akan memulakan penggambaran tidak lama lagi.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Asia Kini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*