Ada yang datang dari jauh, Ebit Lew sebak sokongan orang ramai buat Elewsmart

Hari ini merupakan hari pertama pemukaan pasaraya Elewsmart milik pendkwah terkenal Ustaz Ebit Lew di Bandar Baru Bangi.

Selepas berh3mpas-pulas beberapa bulan, akhirnya pasaraya yang menggunakan tagline “Saudaraku, Murah” ini telah membuat  grad opening di lokasi pertamanya.

Dalam perkongsian yang dibuat oleh Ustaz Ebit menerusi Facebook rasminya, dia telah mengucapkan rasa syukur diatas kelancaran majlis pada hari ini.

 

 

Tambah Ebit Lew lagi, dia berasa sangat terharu kerana ada yang hadir dari jauh semata-mata ingin memberikan sokongan kepada pembukaan cawangan pertama Elewsmart.

Masing-masing bertegur sapa walaupun tidak dapat berkenalan secara rapat berikutan keadaan pasaraya yang begitu meriah.

 

Dalam pada itu, pendakwah muda tersebut turut dilihat sama-sama mengedarkan aiskrim kepada kanak-kanak dan bergambar bersama mereka yang ingin mengabdikan kenangan bertemu dengan insan yang amat disayangi rakyat Malaysia ini.

Sehubungan dengan itu, perkongsian yang dibuat oleh Ebit Lew ini telah mendapat pelbagai maklum balas positif daripada warganet.

Rata-rata mereka mengucapkan tahniah dan mendoakan agar Elewsmart terus berkembang dan kerja amal yang dilakukan ustaz akan terus berjalan demi kelangsungan kehidupan insan yang memerlukan.

Semoga ustaz terus diIimpahkan rezeki

 

 

 

Sumber: Ebit Lew

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! satkobaviral.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*