“Kalau Tak Pakai Face Mask, KJ Tak Mahu Jumpa” – KJ Tampal Notis Depan Pintu Pejabat

Menteri Sains, Teknologi & Inovasi, Khairy Jamaluddin patuh kepada SOP pemakaian pelitup muka sehingga membuat syarat tersendiri.

Menerusi laman sosial Instagram (IG), KJ memuat naik entri di IG Storynya menyatakan dia tidak mahu bertemu dengan sesiapa yang tidak memakai pelitup muka.

“Di bahagian luar pejabat Parlimen saya, jika anda tidak pakai pelitup muka, kita tidak boleh berkawan,” tulis beliau lagi.

Menerusi perkongsian itu juga, dilihat notis amaran ditampal pada bahagian depan pintu sebagai peringatan kepada sesiapa yang mahu bertemu dengan menteri itu.

“Kalau tidak pakai pelitup muka (face mask), KJ tidak mahu jumpa,” tulis notis itu lagi.

Tindakan KJ ini selari dengan seruan kerajaan dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas kenaikan k3s penularan COV1D-19.

Malah, perutusan khas Muhyiddin Yassin minggu lalu turut menyebut bahawa beliau lihat orang ramai seakan mengambil mudah risiko berjabat tangan, berpelvkan dan tidak memakai pelitup muka walaupun Perintah kawalan Pergerakan Pemulihan masih berjalan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook satkobaviral.com

Sumber : Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*