Termakan pujukan 2 kawan, gadis baju kurung ‘masin mulut’ terjatuh di trek boling – “Syok sangat gelak, esoknya terasa sakit pinggang”

PERMAINAN boling memang menyeronokkan, silap-silap boleh menjadi satu ket4gihan.

Bagi yang tak biasa atau pertama kali, pasti takut-takut untuk mencuba kerana bimbang bola yang dilemparkan boleh masuk ‘longkang’.

Namun, lain pula yang berlaku menerusi sebuah video yang tular di media sosial apabila seorang gadis berbaju kurung jatuh tergelincir sebelum sempat menbuat lontaran bola.

Menurut seorang rakan yang memuat naik video tersebut, Nur Farah Irnani Hairol Azha berkata, kejadian berlaku semasa mereka tiga sekawan menghabiskan masa bersama di sebuah pusat boling di Shah Alam, Selangor.

Tiga sekawan menghabiskan masa bersama.

Remaja berusia 18 tahun itu menyedari rakannya itu belum pernah bermain boling sebelum ini, maka dia mahu memberikan peringatan setiap kali rakannya itu membuat lontaran bola.

“Kali pertama, kedua okay walaupun tak strike (jatuh kesemua 10 pin), tapi nampak dia tak berapa balance. Risau juga kalau dia makin ke depan sebab lantai selepas garis adalah licin.

“Saya kemudian nak ingatkan dia supaya jangan melepasi garisan, sebab nanti tergelincir. Tapi belum sempat tegur, dia dah jatuh dulu,” katanya kepada mStar.

Mia mengakui lucu diri sendiri tergelincir di pusat boling.

Sementara itu, gadis yang terjatuh itu, Amirah Damia Hamram, 18, mengakui tidak begitu minat untuk bermain boling tetapi akur atas pujukan dua rakannya.

“Saya memang tak pernah main boling. Tapi itu bukan pertama kali saya ke pusat boling, selau ikut famili pergi main. Cuma saya duduk di bangku dan tengok saja.

 

Bukan pertama kali saya ke pusat boling, selau ikut famili pergi main. Cuma saya duduk di bangku dan tengok saja

AMIRAH DAMIA HAMRAM

“Sebelum kawan-kawan ajak ke pusat boling, kami makan dulu. Mereka kata tak apalah, main je. Masuk longkang pun asalkan cuba, bukan selalu main.

“Saya siap sebut yang saya memang tak reti main boling, takut saya yang masuk (terjatuh). Sekali saya betul-betul terjatuh, mulut memang masin,” ujarnya secara berselor0h.

Mia (tengah) mengenali dua rakannya di sekolah.

Lebih mesra dengan panggilan Mia, dia turut memberitahu pemakaian mereka bertiga berbaju kurung kerana mahu mengabadikan kenangan dengan bergambar bersama selain aktiviti boling tiada dalam perancangan pada awalnya.

Mengimbas kembali kejadian melucukan itu, anak kedua daripada empat beradik itu berkata, dia terus bangun selepas terjatuh dan turut sama ketawa bersama rakan-rakannya.

“Syok sangat gelak tapi esok pagi tu bila bangun baru saya rasa s4kitkat pinggang. Memang serik nak main boling lagi selepas ini, cukuplah sekali… sangat menakutkan.

“Saya main boling ni pun sebab kami jarang meluangkan masa bersama. Lepas ni masing-masing sambung belajar,” katanya yang bakal menyambung pengajian Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Tekstil) di Politeknik Seberang Perai di Pulau Pinang.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebooksatkobaviral.com

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*