Cuba tunjuk ‘pandai’ persoal kekayaan TMJ, sekali cucu Tun M terdiam kena SMASH balik

Cyberjaya – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim membidas cucu kepada Tun Dr Mahathir yang mempersoalkan harta milik Kesultanan Johor.

Tunku Ismail ketika membalas ciapan Melia Serena Mukhriz di Twitter berkata kekayaan Sultan Johor bermula seawal tahun 1885 lagi iaitu sebelum Mahathir dilahirkan.

“Alhamdulillah, berkat berniaga sejak 1885, kami dikurniakan dengan rezeki yang melimpah ruah. Malah hadiahkan kerajaan British sebuah pesawat sebelum datuk kamu lahir lagi.

“Sekarang boleh saya tahu bagaimana keluarga anda menjadi begitu kaya? Hanya ingin bertanya kerana saya juga mengimpikan menjadi seorang yang kaya raya seperti keluarga anda. Saya berharap mereka sudi mengajarkan saya,” bidas Tunku Ismail secara sinis.

Tunku Ismail turut memuatnaik beberapa keping gambar bagi membvktikan kenyataannya itu.

Terdahulu Serena dilihat cuba menyindir Tunku Ismail melalui ciapannya.

“Dari mana anda (Tunku) mendapat duit boss? soal Serena ringkas.

Cucu Mahathir yang juga merupakan salah seorang anak Mukhriz telah membuat satu hantaran di twitter menyoal tentang dari mana TMJ memperolehi wang yang sering d1sumbangkan kepada rakyat negeri Johor oleh keluarga Diraja Johor itu.

Sebelum ini TMJ telah berbalas posting bagi menjawab fitn4h oleh Page Bersatu TV dan bekas pegawai Mukhriz Mahathir di twitter.

Walau bagaimanapun posting cucu mahathir berkenaan telah menjerat diri sendiri kerana soalan tersebut umpama “memberi bola tanggung kepada Lin Dan sambil meletakkan muka dihadapan jaring” kerana terlalu mudah untuk di SMASH oleh TMJ.

TMJ menyoal kembali cucu Mahathir dan memohon mengajarnya bagaimana keluarga bekas Perdana Menteri tersebut boleh menjadi begitu kaya raya.

Posting kedua – dua mereka juga mendapat maklumbalas yang pebagai oleh warganet yang majoritinya menyebelahi dan menyokong keluarga Diraja Johor itu.

Warganet kebanyakkannya secara sinis memerli cucu mahathir berkenaan..

Umum mengetahui bahawa keluaga Diraja Johor adalah salah satu keluarga Diraja yang kaya raya kerena mereka telah terlibat di dalam perniagaan dalam dan luar negara semenjak dari dahulu lagi jadi gaya kehidupan mewah bukan perkara asing bagi mereka.

“Terciduk cucu Tun Mahathir bila TMJ jawap dari mana kekayaan nya dengan bvkti dan fakta lengkap turun temurun. Cucu Mahathir ni anak Mukhriz terus tak dapat jawap bila ditanya datang dari mana kekayaan luar biasa keluarga nya. Kau orang boleh tolong jawap?”-tulis Papa Azri

Untuk rekod Majalah bisnes Forbes Asia menyenaraikan salah seorang anak Mahathir adalah antara 8 orang Melayu terkaya di Malaysia dengan jumlah harta sebanyak USD308 juta untuk tahun 2020.

Bekas perdana menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul pada Jun lalu mend4kwa kekayaan anak-anak Mahathir berjumlah berbilion

TMJ jangan campuri hal ehwal politik, kata Khairuddin

KUALA LUMPUR – Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim diingatkan agar tidak mencampuri hal ehwal politik negara termasuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang berbaur politik dan bertentangan dengan Perlembagaan negara.

Bekas Penyelaras Pakatan Harapan (PH) Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menasihatkan Tunku Ismail agar belajar menghorm4ti Perlembagaan Persekutuan sebagaimana rakyat dan semua pihak menghorm4ti Sistem Raja Berperlembagaan di negara ini.

“Saya harap TMJ harus belajar dan berdisiplin untuk tidak mencampuri hal ehwal politik negara! Adalah sesuatu yang bertentangan dengan Perlembagaan negara untuk beliau mencampuri mengenai 1su-1su politik!

“Takkan TMJ tak faham Perlembagaan! Sungguh tidak tepat serta tidak molek untuk TMJ berterusan membuat kenyataan-kenyataan yang berbaur politik!

“Untuk pengetahuan TMJ, apa yang kami sedang usahakan ini adalah untuk kestabilan politik negara seterusnya membina Malaysia baharu demi kesejahteraan masa depan negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Tunku Ismail melalui laman Instagram miliknya, Tengku Ismail berkata, di saat negara ketika ini memerlukan kestabilan untuk memperbaiki ekonomi bagi membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat, terdapat pula kumpulan yang g1lakan kuasa.

Meskipun tidak memetik secara jelas nama mana-mana pihak, tetapi perkara itu dituju kepada bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang baru sahaja mengumumkan penubuhan parti barunya.

“Rakyat tengah susah. Negara perlukan kestabilan untuk memperbaiki ekonomi supaya dapat membantu dan boleh mengurangkan beban rakyat.

“Semua dah kaya raya tetapi masih g1la kuasa. Ada juga aku ‘backhand’ seorang-seorang,” katanya.

Dalam pada itu, Khairuddin juga mengingatkan Tunku Ismail bahawa apa yang sedang dilakukan pihaknya bersama Dr Mahathir melalui penubuhan parti baharunya itu untuk melawan semula unsur-unsur kleptokrasi yang sedang kembali dalam senario politik mutakhir tanah air.

“Budaya kleptokrasi wajib ditentang secara total dan tidak boleh dibiar untuk berakar semula! Jika ini berlaku semula keseluruhan institusi kenegaraan akan runtuh!

“Perjuangan kami adalah untuk menentang apa saja bentuk salah laku yang dilakukan tak kira oleh sesiapa pun! Sesiapa pun tak perlu ajar kami dalam hal ehwal politik! Sesungguhnya, kami adalah para pejuang tulen yang ingin selamatkan negara kita yang tercinta ini,” katanya.

Sementara itu, Majlis Raja-Raja Melayu harus menegur sikap Tunku Ismail yang sering kali suka membuat kenyataan-kenyataan politik dan secara tidak langsung mencampuri bidang yang tidak sepatutnya dicampuri pihak istana.

“Apa pun komen TMJ pada realitinya tidak terkesan langsung pada kami! Insya-Allah dengan izin Allah SWT kami akan teruskan perjuangan untuk menegakkan .

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

Sumber : Rentas Asia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*