Niat Lelaki Ini Nak PerIi TMJ, ‘Cakap Pasal Rakyat Tapi Tayang Kereta Berjuta’. Sekali TMJ Balas Balik

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memulang paku buah keras apabila membalas semula sindiran seorang lelaki terhadapnya di Twitter.

Lelaki terbabit memerli Tunku Ismail atau lebih dikenali dengan TMJ yang sebelum ini mempersoalkan tindakan ahli politik yang sering berebut kuasa sejak akhir-akhir ini.

Sambil memetik status IG story yang dikongsi TMJ, lelaki tersebut cuba mengatakan TMJ mahu bercakap pasal rakyat tapi dalam masa sama menunjuk kereta mewah.

” So ironi, cakap pasal rakyat susah tapi tayang bawak kereta berjuta” tulis individu terbabit.

Twit terbabit telah mendapat 5.5k retweets dan 5.2k likes setakat hari ini.

TMJ balas balik

Tidak berdiam diri, TMJ telah membalas balik kata-kata sindiran individu tersebut.

” Beli pakai duit sendiri. Bukan ambik duit Rakyat macam your boss.

” What atau how much your boss bagi sumbangan kepada rakyat selama ini kalau nak dibandingkan dengan sumbangan Keluarga DiRaja Johor kepada rakyat?” tulis TMJ

Jawapan balas TMJ mendapat reaksi warganet yang rata-rata bersetuju dengan beliau dan meminta lelaki tersebut agar tidak mencampuri urusan orang lain.

Meskipun terdapat segelintir bertanyakan apa yang disumbangkan oleh keluarga Diraja Johor, namun persoalan itu telah dijawab oleh warga Johor sendiri.

” Betul bro. Banyak je bantuan khusus utk rakyat Johor. Dari yayasan sampailah turun padang sendiri pergi melawat kawasan and menyumbang utk pembangunan kawasan tu. Rakyat Johor tahu lah berapa besarnya sumbangan kerabat diraja Johor ni.” tulis Hasy.

TMJ sound balik cucu Tun M

Sementara itu sebelum ini TMJ membidas cucu kepada Tun Dr Mahathir yang mempersoalkan harta milik Kesultanan Johor.

Tunku Ismail ketika membalas ciapan Melia Serena Mukhriz di Twitter berkata kekayaan Sultan Johor bermula seawal tahun 1885 lagi iaitu sebelum Mahathir dilahirkan.

” Alhamdulillah, berkat berniaga sejak 1885, kami dikurniakan dengan rezeki yang melimpah ruah. Malah hadiahkan kerajaan British sebuah pesawat sebelum datuk kamu lahir lagi.

” Sekarang boleh saya tahu bagaimana keluarga anda menjadi begitu kaya?

” Hanya ingin bertanya kerana saya juga mengimpikan menjadi seorang yang kaya raya seperti keluarga anda. Saya berharap mereka sudi mengajarkan saya,” bidas Tunku Ismail secara sinis.

Tunku Ismail turut memuatnaik beberapa keping gambar bagi membuktikan kenyataannya itu.

Terdahulu Serena dilihat cuba menyindir Tunku Ismail melalui ciapannya.

” Dari mana anda (Tunku) mendapat duit boss? soal Serena ringkas.

Cucu Mahathir yang juga merupakan salah seorang anak Mukhriz telah membuat satu hantaran di twitter menyoal tentang dari mana TMJ memperolehi wang yang sering disumbangkan kepada rakyat negeri Johor oleh keluarga Diraja Johor itu.

Sebelum ini TMJ telah berbalas posting bagi menjawab fitnah oleh Page Bersatu TV dan bekas pegawai Mukhriz Mahathir di twitter.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook   satkobaviral.com

Sumber : Gf News

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*