Anak dihalang jumpa bapa. Mas Idayau naik angin bila nama kena petik

1SU membabitkan anak kepada penyanyi dangdut Mas Idayu iaitu Nur Dayini Ashiqah dengan ibu tiri, Reena Arina menarik perhatian ramai apabila kedua-dua pihak berb4lah di media sosial sejak Februari lalu.

Per4ng dingin yang tercetus itu secara tidak langsung turut mengheret nama Mas Idayu yang didakwa seolah-olah tidak pandai mendidik sehingga anak gadisnya did4kwa bersikap kurang ajar bukan sahaja terhadap ibu tiri tetapi bapa kandungnya sendiri, pelakon Aman Graseka.

Menjawab d4kwaan tersebut, penyanyi lagu Senggol Senggolan, Cubit Cubitan ini akhirnya buka mulut.

Kata Mas Idayu, pada awalnya dia enggan masuk campur dalam urusan tersebut sehinggalah namanya dikaitkan dalam sebuah artikel baru-baru ini.

“Awalnya saya memang tak tahu apa masalah anak saya dengan bapanya sebab malas nak ambil tahu kerana itu membabitkan mereka berdua.

“Tapi baru-baru ini saya ternampak ada berita mewakili pihak Aman dan isteri mengatakan saya masuk campur, itu saya tak boleh terima.

Mas Idayu tunjuk bukti Aman menyekat anaknya di aplikasi Whatsapp.

“Sampai ada netizen kata saya tak ajar anak hormat ibu tiri… walaupun dia dah umur 22 tahun saya masih pukul lagi (kalau buat salah). Apa-apa mengenai anak saya kena ambil tahu,” kata Mas Idayu ketika ditemui mStar di kediamannya pada Jumaat.

Pada Mac lalu, Nur Dayini meluahkan rasa kesal terhadap sikap ibu tirinya yang difahamkan menghalang dia untuk bertemu bapa kandungnya.

Gadis berusia 22 tahun itu saling berbalas kapsyen s1ndiran dengan ibu tirinya di Instagram.

Sekarang ini profil foto pun dah tak ada, mesej pun tak sampai itu bukti mereka sekat kami. Aku tak kisah jika Aman nak menyebelahi isterinya tapi biar dengan cara cerdik.

Sementara itu, Mas Idayu berkata dia terkilan apabila mengetahui Aman menyekat nombor Nur Dayini di WhatsApp selain tidak menghubungi anaknya itu selepas mereka pulang dari mengerjakan umrah pada Februari lalu.

“Selepas Aman kahwin, dia tak jumpa langsung bapa dia kerana Aman dah balik Kedah… terakhir Dayini mesej bapanya sebelum kami tunaikan umrah tapi beberapa hari kemudian mesej dibalas dipercayai oleh isterinya berdasarkan teks yang dihantar.

“Sekarang ini profil foto pun dah tak ada, mesej pun tak sampai itu bukti mereka sekat kami. Saya tak kisah jika Aman nak menyebelahi isterinya tapi biar dengan cara cerdik.

“Walaupun dah berpisah, saya kenal Aman macam mana… dia tak pandai nak sekat orang dekat Whatsapp, Instagram. Saya bukan nak puji bekas suami tapi saya kenal dia,” ujarnya.

Dalam pada itu, komentator tetap program nyanyian D’Academy Asia ini berharap pelakon drama Tuan Danial ini tidak melupakan anak perempuannya itu.

“Abang (panggilan untuk Aman) tahu apa yang anak kita nak… dia hanya nak bapa dia, dia bukan nak duit. Kami ada duit… bukan nak cakap besar tapi dia hanya nak bapa dia.

“Jangan harap anak yang akan ke Kedah untuk bertemu bapa, dia anak perempuan! Takkan nak memandu seorang diri ke sana… nanti kalau aku hantar (anak ke Kedah) takut ada orang yang tergugat pula,” katanya.

Aman dan Mas Idayu mendirikan rumah tangga pada 1997, namun berpisah pada 2006.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Dayini.

Aman kemudian mendirikan rumah tangga dengan model, Reena pada 2018, pasangan berkenaan dikurniakan cahaya mata lelaki, Aishymir Mateen Shah Aman Shah berusia setahun.

“Aku k0tor, aku kecil, aku tak layak berada di sini” – Mas Idayu seb4k tunai umrah, berdoa mahu jadi lebih baik selepas pulang

PELUANG menjejakkan kaki ke Kota Suci Makkah bagi mengerjakan umrah cukup menginsafkan bagi penyanyi dangdut Mas Idayu.

Menurut Mas Idayu, dia tidak menyangka akan diberi kesempatan untuk menyempurnakan ibadah itu bersama anak perempuannya, Nur Dayini Asyiqah.

“Setelah aku bersedih meninggalkan Kota Makkah dan Masjidil Haram, hari ini air mataku mengalir lagi kerana meninggalkanmu Ya Rasulullah.

Mas Idayu mengerjakan ibadah umrah bersama anak perempuannya.

“Aku kotor, aku kecil, aku tak layak berada di sini. Tapi Allah masih menjemputku dan aku begitu bersyukur,” ujarnya.

Mas Idayu meluahkan rasa sedih dan sebak itu menerusi posting yang dimuat naik ke Instagram pada Ahad.

Mas Idayu menunaikan ibadah umrah bersama anak perempuannya selama dua minggu.

Dalam pada itu, Mas Idayu turut berkongsi perasaan sedih yang dirasainya ketika mereka selesai melakukan ibadah dan bakal meninggalkan bumi Anbia itu.

Ya Rasulullah… aku rindu padamu… aku tidak baik, aku ingin menjadi baik.

Kali terakhir Dayini menghubungi bapanya sebelum menunaikan umrah pada Februari lalu.

Tambah penyanyi lagu Cintaku 100% ini, dia turut berdoa ibadah yang dilakukan diterima Allah dan dia diberi petunjuk agar menjadi insan yang lebih baik.

“Setiap hari aku buka jendela kamarku di kota Madinah ini, aku dapat melihat kubah hijauMu, makamMu, aku beri salam padaMu, aku akan merindui Al-Haram, Masjid Nabawi… aku berdoa Allah terima umrahku.

“Setelah pulang menjadi yang lebih baik itu adalah yang mabrur, sekira sebaliknya… berilah petunjuk dan hidayah buat kami agar jadi lebih baik Ya Allah.

“Ya Rasulullah… aku rindu padamu… aku tidak baik, aku ingin menjadi baik, ingatlah namaku Ya Rasulullah,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

Sumber : Trending Sangat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*