“Tak jaga suami di hospital”..- Shakilla Khoriri

KUALA LUMPUR: Pelakon, Shakilla Khoriri, 31, sedih tidak dapat menemani suami yang juga penyampai radio Suria FM, Fizi Ali yang terlantar di h0spital akib4t dem4m disebabkan b3njolan di peha.

Shakilla atau nama sebenarnya, Nurul Shakilla Mohd Khoriri berkata, dia bukanlah sengaja mengetepikan suami, tetapi tidak dapat pulang kerana menjalani penggambaran di Melaka, malah jadual terlalu padat.

“Bohonglah jika saya tak risau dan sedih apabila tiada di sisi suami ketika sedang sakit. Tetapi, sekiranya saya pulang akan menyusahkan pihak produksi memandangkan sedang menyiapkan drama 26 episod.

“Hati meronta-ronta mahu pulang, tetapi tak boleh kerana setiap hari ada penggambaran. Jika pulang, saya akan ganggu jadual barisan pelakon lain.

“Mahu atau tidak, saya perlu kuatkan diri dan berdoa Fizi cepat sembuh. Bukan Fizi sahaja, saya turut risaukan anak, Ameena Sofia. Dia tidak mempunyai saya dan bapa menjaganya saat ini. Mujurlah, ada ibu yang menjaga anak,” katanya kepada BH Online.

Fizi Ali dimasukkan ke hospital akibat demam disebabkan benjolan di peha. - Foto IG Fizi Ali
Fizi Ali dimasukkan ke h0spital akibat demam disebabkan benjolan di peha. – Foto IG Fizi Ali

Shakilla berkata, mengikut perancangan awal, Ameena dan ibu mengikutnya ke Melaka bagi menjalani penggambaran drama. Bagaimanapun, lokasi kurang bersesuaian untuk kanak-kanak dan orang tua, jadi dia terpaksa membatalkan hasrat membawa mereka.

Ekoran itu, Shakilla berharap penggambaran drama terbitan RTM berjudul Teratak Cinta itu dapat diselesaikan mengikut masa iaitu hingga hujung bulan ini supaya dia segera pulang bertemu suami dan anaknya.

“Saya perlu kuat dan fokus dengan penggambaran supaya tidak memberi kesan pada kerjaya. Saya pun bukan baru dalam dunia lakonan, sudah 18 tahun bergelar pelakon. Jadi, saya perlu pandai mengawal emosi.

“Apa pun saya buat, saya tetap fikirkan anak dan suami. Insya-Allah, semuanya akan baik-baik sahaja,” katanya.

Shakilla dan Fizi mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan dikurniakan cahaya mata, Ameena Sofia yang kini berusia setahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

Sumber : Rotikaya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*