SEJAK video seorang murid yang jujur mengakui bapanya ‘pandai masak air ketum’ tular tiga hari lalu, rata-rata memberikan komen serta pandangan masing-masing baik di laman sosial, tempat kerja mahu pun ketika melepak.
Tidak dinafikan, 1su berkenaan memberikan impak yang bukan sedikit di mana ia melibatkan imej institusi perguruan.
Namun begitu, 1su ini sedikit sebanyak menjadi ‘wake up call’ untuk semua pihak agar lebih berhati-hati sebelum membuat sebarang perkongsian di media sosial.
Seorang guru yang kerap kali menulis mengenai 1su semasa dan hal ehwal pendidikan di Facebook, Mohd Fadli Salleh turut terpanggil untuk mengulas mengenai 1su berkenaan.
Menurut beliau, tidak dinafikan kaedah pembelajaran pada alaf ini menuntut kaedah yang pelbagai termasuk rakaman video.
Sebahagian daripada perkongsian Mohd Fadhli yang mengulas mengenai video tular baru-baru ini.
“Ia sejenis cara mengajar yang berkesan, kena pula dengan Pendidikan Abad ke 21 (PAK 21). Dalam amalan Professional Learning Community (PLC), memang guru-guru diminta merakam video untuk tujuan perbincangan, refleksi, sebagai contoh amalan terbaik dan sebagainya. Ia dikenali sebagai video kritik.
“Juga kami disarankan mengamalkan pendidikan yang dinamakan ‘flip classroom’ di mana murid diberi dulu bahan pembelajaran seperti video untuk mereka tonton dan belajar di rumah. Setelah itu pembelajaran akan diteruskan di sekolah.
“Jadi secara asasnya, rakaman video pengajaran dan pembelajaran itu antara teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran yang boleh guru guna,” terangnya panjang lebar.
Tangkapan skrin (screenshot) daripada video ‘air ketum’ yang memaparkan seorang murid perempuan menjawab pertanyaan gurunya dengan jujur.
Bagaimanapun, Mohd Fadli berkata setiap rakaman video tetap perlu diteliti dan ditapis terlebih dahulu dibimbangi mengandungi ‘scene’ yang tidak elok.
Mengakui dirinya antara yang sangat kerap merakam video pengajaran, Mohd Fadhli mend3dahkan terdapat beberapa video yang terpaksa dipadam dan dirakam semula kerana sedar ia mengandungi ‘scene’ kurang elok dan boleh menjatuhkan marvah murid atau dirinya sendiri.
“Video pembelajaran yang elok, tiada siapa akan marah. Bahkan orang seronok tonton.
Cikgu Mohd Fadhli sering mengulas mengenai 1su semasa serta hal ehwal pendidikan.
“Dalam k3sini, aku tidak tahu siapa yang mula sebar. Ada kata pihak ibu bapa, ada pula kata sebaliknya. Tidak sudah jika terus berg4duh siapa yang sebarkan.
“Cuma pesanan pada diri sendiri dan kawan-kawan guru, jika rakam video tolong semak semua video itu agar tiada mana-mana pihak yang terasa hati. Pastikan ia sesuai untuk dikongsi baru kita kongsi.
“Jadikan k3shari ini sebagai pedoman untuk semua. Dan berhentilah saling tudvh menvduh, berg4duh, mem4ki h4mun dan meny1ndir lagi,” katanya lagi.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook satkobaviral.com
Sumber : Mstar
Leave a Reply