DAPSY T4mpal Tulisan Cina Pada Papan Tanda, Sultan Selangor Ar4h Ganti Semua Papan Tanda Bahasa Melayu

Hari ini kita digemparkan lagi dengan isu penampilan tulisan cina pada papan tanda jalan dan ini dilihat seperti sengaja untuk mengganggu keamanan dan mencetuskan ketegangan kaum di Malaysia.

Menurut laporan Berita Harian, perkara ini dilakukan oleh Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) yang menampal pelekat bertulisan Cina pada papan tanda jalan di sekitar bandar raya Kuching yang berniat menghasut.

Timbalan Ketua Pemuda, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Fazzrudin Abdul Rahman, berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana sesuatu kaum akan pantas bangkit jika bahasa, budaya dan agama kaum diperalatkan untuk tujuan politik.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong berkata, mengikut Akta Hasutan 1948, sesiapa yang cuba mengh4sut dengan membangkitkan 1su berkenaan sehingga mencetuskan suasana tegang, konflik dan menggugat keselamatan, boleh dikenakan tindakan sewajarnya.

Beliau berkata, tindakan DAPSY menampal pelekat tulisan Cina tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan itu jelas melanggar peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967, yang menetapkan bahasa kebangsaan hendaklah digunakan dalam semua urusan rasmi kerajaan termasuk pada papan tanda nama jalan.

Perkara ini turut mendapat perhatian Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan supaya semua papan tanda jalan yang mempunyai tulisan Cina di Shah Alam untuk ditanggalkan.

 

Baginda bertitah yang semua papan tanda itu perlu digantikan dengan yang baharu dan perlu ditulisa dengan satu bahasa sahaja iaitu Bahasa Melayu.

Dalam satu surat rasmi daripada pihak istana yang tular, Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani menegaskan, titah baginda itu perlu dilaksankan segera selewat-lewatnya sebelum tarikh Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda iaitu pada 11 Disember ini.

Sebelum ini juga timbul isu yang sama apabila bekas Menteri Industri Utama, Teresa Kok pernah bergambar di sebelah papan tanda yang mempunyai tulisan Jawi dan mempertikaikan perkara itu sehingga berlakunya pemasangan papan tanda dengan tulisan Cina.

Kredit: Malaysia Gazette | Berita Harian , ohmedia

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

 

Sumber : Trending Giler

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*