“Baru belasan tahun, malu-malu divsik bercinta dengan Qistina Raisah”..- Zaki Yamani

SPEKULASI hubungan antara penyanyi remaja Zaki Yamani dan pelakon cilik Qistina Raisah timbul selepas mereka sering memuat naik foto dan video bersama.

Zaki atau nama sebenar Ahmad Zaki Yamani, 14, bagaimanapun berkata, hubungan rapat itu hanya sekadar kawan baik.

“Sekarang ni kami hanya berkawan baik.. kalau lebih dari itu, saya tak tahu nak jawab macam mana,” katanya kepada mStar.

Berkongsi kisah kali pertama bertemu, anak kepada penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah ini berkata, dia mula berjumpa dengan Qistina, 12, di sebuah pusat beli belah selepas diperkenalkan oleh kawan mereka.

Sekarang ni kami hanya berkawan baik.

ZAKI YAMANI

PENYANYI

Walaupun menafikan sering berhubung, penyanyi lagu Percayaku ini berkata mereka banyak meluangkan masa bersama dengan bermain permainan atas talian (online) popular PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG).

“Kami kenal selepas habis PKP. Masa tu saya keluar bersama kawan-kawan di shopping mall. Sal4h seorang kawan saya bawa dia bersama… di situ kami mula berjumpa dan berkenalan.

“Nak kata rapat tu, setakat ni kami tidak la setiap hari berbal4s pesanan ringkas atau sebagainya tapi kami sempat la main PUBG semalam (Ahad) bila dia ajak,” ujarnya.

Dalam pada itu, peminat mula membanjiri ruangan komen Instagram Zaki dan menyokong hubungan mereka berdua.

Zaki Yamani bersama Qistina Raisah.

“Hah ni bau dah nasi minyak dia. Macam dah sepadan.

“Semut penuh sangat ni dalam telefon saya,” komen beberapa pengikut Instagram Zaki.

Dalam perkembangan lain, Zaki bakal mel4ncarkan single terbaharu berjudul Sebelummu tidak lama lagi.

Penggambaran video muzik bagi single tersebut akan dijalankan bermula hujung September ini.

Untuk rekod, Zaki merupakan anak Jamal menerusi perkahwinannya bersama Fatimatuzahra Samat, 39, pada Disember 2005 dan bercer4i pada 15 Mei 2007.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*